Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • nyawa.png

NOVEL CINTA BERGANTI NYAWA

RM 27.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: KARYA SENI

Penulis: HANNAZ


Gadis yang sering berkaca mata itu tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Itulah yang terjadi tatkala dia dalam buruan seorang lelaki yang mendendaminya berpuluh tahun lamanya. Yasmin jadi paranoid sehinggakan dia lebih gemar berada dalam dunianya sendiri tanpa mengetahui punca dia didendami Syed Amran.

Namun, kehadiran Nash Dzulkarnain merubah segala-galanya. Ada saja lelaki itu di depan mata berlagak 'superhero' menyelamatkan dirinya daripada serangan demi serangan konco-konco Syed Amran. Yasmin jadi rimas menanggung hutang budi kerana dia tidak perlukan penyelamat walaupun dia hidup dalam ketakutan.

Ah, kedegilan Yasmin tidak harus dibiarkan! Nash nekad, gadis itu perlu diselamatkan walaupun diri terkorban. Lagi degil lagi suka dia mendekati Yasmin. Parahnya, dia tidak dapat menafikan hatinya sudah terpaut. Dia akui ini kali pertama dia jatuh cinta!

"I love you, Yasmin. I am always here if you want to talk." - NASH

"No! Saya tak cintakan awak. Tak pernah cintakan awak. Get a life, Nash!" - YASMIN

Betullah kata orang, cinta itu tak semestinya memiliki. Cinta itu perlukan pengorbanan walaupun cinta itu berganti nyawa. Benar... Jodoh, pertemuan dan ajal di tangan Tuhan. Antara Yasmin dan Nash, siapa yang perlu berkorban? Dan Syed Amran... Adakah dendamnya terbalas?

Ada hikmah di sebalik semuanya ini. Allah sudah aturkan segala yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.