Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • bahagia.png

NOVEL MELAYU BAHAGIA UNTUK IZAMMIL

RM 30.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: SUARA HATI PUBLICATIONS

Penulis: HANNAZ


Dingin dan garang. Bagi Hanim Izzati, itulah ciri-ciri lelaki kacak tapi, misteri itu.

Izammil Ardhwan. Kehadirannya di syarikat keluarga mengejutkan semua. Kata orang, dia 'anak kedua misteri' yang tak bernama. Tak pernah nampak bayang tappi, tahu-tahu saja muncul sebagai CEO baru.

Daripada hubungan bos dan pekerja, kepada anak mak cik sebelah rumah, kepada Hanim yang bergelar Kak Beauty Tiara, si cilik milik Izammil.... sejak itu, Hanim bagaikan terikat dengan Izammil. Sehinggalah satu kemalangan yang membuat Izammil sendiri tampil untuk mengikat Hanim lebih rapat dengannya.

"Kahwin dengan saya. Demi Tiara."

Tapi, bagaimana dengan Lyana yang sudah ditabur janji untuk dikahwini? Sangka Hanim, berkahwin dengan Izammil bermaksud dia hanya perlu sayangkan Tiara seperti anak sendiri. Tapi, segala-galanya berubah apabila banyak rahsia terbongkar satu per satu. Dan, Hanim tahu sekeping hati Izammil ialah hati yang paling banyak dilukai. Hati itu beku dengan amarah.

"Tiara is all I have." - Izammil

Jika bahagia Izammil terletak pada Tiara, Hanim sanggup selama-lamanya bergelar isteri demi Tiara. Namun, apabila masa lalu Izammil muncul semula untuk membawa pergi Tiara dari hidupnya, banyak maruah yang perlu dijaga. Maka, Hanim tahu dia yang perlu berkorban.

"Saya berahsia demi maruah ramai orang."  - Izammil

"Saya ada satu peluang untuk betulkan segala-galanya, dan bodohlah saya kalau saya tak ambik peluang tu untuk kembalikan awak yang dulu." - Hanim

Tiada apa yang indah tentang masa lalu Izammil tetapi, itulah yang membuat Izammil sangat indah di mata Hanim.

"I'll be the first to cry when you're hurt, and the last to smile until you smile first." - Hanim

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.