Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • bitter.png

NOVEL MELAYU BITTER SWEET MR. BATRACHUS

RM 29.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: KARYA SENI

Penulis: PYNAT MOURI


Nama asal diberi, Madihah Sofie. Nak glamour punya pasal, dia tukar jadi Maddy. Daripada ke hulu ke hilir dengan selipar jamban, sekarang dia dah sarung kasut tumit tinggi tau. Dulu, pakai tudung pun senget benget aje, sekarang, huh, dah terbang terus tudungnya! Barulah nampak moden, kan? Adi Miyaz pula, lelaki yang budiman. Tapi perangai budimannya sudah kurang sukatnya bila bersama wanita sengal itu. Serik.

"Eh.... Muka awak memang tak ada hidung ke? Dari tadi bertutup rapat. Mana aci awak nampak muka saya tapi saya cuma nampak kepala lutut awak tu saja. Itu dikira aurat lelaki tau!" - MADDY

"Kau pun lain kali jangan pakai skirt. Anjing boleh pengsan tengok betis besar macam tu. Silap-silap biawak pun boleh mati kena hempap." - ADI

Sampailah satu hari bila tulisan Maddy yang semberono memfitnah sebuah pusat jagaan orang tua tersebar luas, Adi tak dapat sabar lagi. Keberanian nak menulis itu dah bagus, tapi sayang kisahnya palsu!

"Tulislah perkara yang betul. Bukan membabi buta tekan enter. Faham! Disebabkan perangai rakus kau mengejar populariti dan pujian, kau nyaris-nyaris tergadai nyawa. Tolong delete cerita kau tulis tu. Jangan cari masalah, Madihah" - ADI

"Aku tak tulis membabi butalah. Aku ada info tepat." - MADDY

Maddy masih angkuh dan cuba menegakkan benang basah walaupun hampir-hampir nak dijual dengan gengster gara-gara penulisannya itu. Adi mula menawarkan sesuatu. Inilah masanya untuk dia tunaikan janji kepada seseorang. Maddy perlu diajar.

"Sembunyi di Kedah dulu. Kalau keadaan dah selamat, aku janji akan hantar kau balik ke sini dengan selamat. Nyawa bukan sesuatu untuk diperjudikan."

Dalam hati Maddy, dia waswas juga dengan Adi. Macam mana kalau lelaki berseluar koyak di lutut tu ada niat jahat? Tapi mengenangkan rumah dia disimbah dengan cat merah, dia terpaksa ikut juga. Lagipun inilah masanya nak sakitkan hati Tehah, musuh tradisinya tu. 

"Jom. Kita honeymoon di Kedah, sayang"

Lalu, perjalanan mereka ke Kedah bermula. Di situ akan terungkai segala rahsia dan kisah lama yang tak pernah wujud pun sebelum ini dalam kitab hidup Maddy. Adi dengan motofnya, Maddy dengan sikap angkuhnya. Tapi apa yang pasti, kedua-duanya terjerat dengan satu perasaan yang susah nak diluahkan. Konon saling memetir tapi dalam hati ada hujan bunga.Cis!

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.