Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • 1.png

NOVEL MELAYU BLACK ROSE

RM 28.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: SUARA HATI PUBLICATIONS
Penulis: SAI AMBROSE

Kisah dua belas tahun lalu memberikan kesan yang mendalam pada jiwa Harleena. Tanpa sedar, tercipta sebuah dendam terhadap keluarga Haji Rahmat. Tiada cara lain kecuali dia masuk ke dalam keluarga itu dengan memakai du wajah demi 'menggoda' dua hati. Dia akhirnya berjaya.
Segala cerita bermula dengan penuh tersusun dan dendam yang dia bawa selama ini pasti akan terbalas. Itu sahaja niatnya yang satu - merosakkan kebahagiaan keluarga Haji Rahmat supaya mereka sekeluarga merasai sendiri apa yang pernah dia alami selama ini.
Harleena - Dia berusaha untuk terus kuat dan mencari cebisan-cebisan bahagia yang masih berbaki. Dalam masa yang sama, dendam itu meletakkan dia dalam keadaan di luar pengetahuannya sendiri.
Qi Putra - Jatuh cinta merupakan perkara yang mahu dielakkan atas alsan masih menderita dengan cinta lama. Namun, kehadiran Harleena menjanjikan bahagia yang jelas untuknya. Tatkala sedar bahawa dia terperangkap ke dalam sebuah kisah yang diatur rapi oleh Harleena, bagaimanakah penerimaannya?
Fayyadh - Walaupun masalah dengan abangnya, Qi Putra masih belum reda dia pasti semua itu hanyalah sementara. Dan dia tidaklah terlalu memaksa diri unutk terus berada dalam kisah lama. Mengenali harleena sebagai cinta pertamanya... memberi sebuah rasa yang belum pernah dia alami selama tempoh hidupnya.
Apabila dua hati telah musnah diperlakuan oleh Harleena, masihkah ada jalan damai untuk mereka bertiga jika dia memilih untuk beralah? Harleena mengerti percaturannya telah gagal, lalu bagaimana cara untuk mengakhirinya menjadi penamat yang indah untuk mereka bertiga?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.