Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • 2.png

NOVEL MELAYU BUKAN CINTA BIASA

RM 26.90
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

TERBITAN: SR PUBLICATION
PENULIS: IZZUL IZZATI

"Meskipun tanpa lafaz cinta dan sayang..dirimu tetap bersemadi di lipatan hati selamanya.."

"Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'Kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini."

Sifat sabar dan beralah yang dimiliki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang mengharap. Namun sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dari bangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. Baginya cita-cita dan impian hidup lebih utama. Namun begitu dia terpaksa akur dengan jodoh yang telah diaturkan oleh keluarganya. Biarpun jauh di sudut hati dia sebenarnya memendamkan perasaan kecewa.

Pertemuan Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan di antara mereka. Sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semulajadi dalam diri Shahira. Keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisya adalah tunangnya. Tanpa sedar dalam diam mereka sebenrnya menyimpan perasaan cinta di antara satu sama lain. Ego dan kedegilan dalam diri masing-masing telah mengekang mereka untuk berterus-terang biarpun rasa rindu ternyata sendat di hati. Akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar. Antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa setia bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantaran tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dengan Azlisyam.

Anuar yang kecewa tetap setia menanti meskipun disedari penantiannya tiada penghujung. Meskipun cinta Shahira bukan miliknya namun Anuar tidak berdaya membuang rasa indu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.

Taksir dan Suratan-Nya tiada siapa yang dapat menolak dan menghalang. Berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setelah rumahtangga Shahira dan Azlisyam runtuh di saat bahagia mengunjung tiba? Bagaimana reaksi Azlisyam setelah mengetahui cinta Shahira sememang untuknya? Mampukah Azlisyam meraih kembali cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan lagi hati Anuar yang setia menunggu cintanya?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.