• bukan.png
1
SALE

[FAJAR PAKEER] - NOVEL MELAYU - BUKAN KERANA ZALIMNYA WAKTU

Regular price
RM 22.50
Sale price
RM 22.50
Regular price
RM 25.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: SUZANA JUMADIL


Pusaran takdir menguji  nilai kesetiaan. Hukuma sangkala mengukur sebuah kebahagiaan.

Tanpa disangka perpisahan yang terjadi kerana ego menjadi gendala paling berkuasa. 

Hubungan cinta Ahmad Izhan dan Ayla Marlya terhalang oleh orang tua yang memiliki fahaman politik yang berbeza. Izhan akhirnya membawa hati ke USA dan menjadi perisik CIA selama berbelas tahun.

"Jangan mengalah kepada takdir. Kebahagiaan itu pilihan. Kalau kita nak bahagia, kita pilihlah untuk bahagia. Dan... bahagia kita, bukan terletak kepada persepsi orang lain." - AHMAD IZHAN

Bertahankah prinsip seorang wanita yang dilimpahi kasih cinta dan dibelai sempurna tanpa membalas tulus ikhlas sang perindu yang memujanya?

"Perpisahan atas pilihanya inilah yang membuatkan aku tidak mampu bertahan walau direnjis gerimis sekalipun." - AYLA MARLYA

Masihkah ampuh ego seorang lelaki bernama suami hingga tega melepaskan ikatan hanya kerana mahu mencuci dosa sendiri? Atau skadar melepaskan rasa bersalah dalam diri?

"Waktu mungkin boleh merawat segalanya, tapi waktu tidak akan mampu membuatkan manusia lupa kepada kesakitan masa lalunya." - AHMAD DANIEL

Siapakah pilihan Ayla Marlya akhirnya? Lelaki yang sesudah meninggalkannya berkali-kali, atau lelaki yang sudah berulang-ulang melukakan hati?

Mampukah kesetiaan diperjuangkan merentasi ujian waktu hingga ke titik penghabisan?

Ibarat kayu yang baru hendak berkenalan dengan api, tanpa disedari, kita sudah menjadi abu. Membakar rentung dan dunia menyaksikan, siapakah yang menang dalam mebentuk kebahagiaan yang sejati.