Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template_novel.png

NOVEL MELAYU CINTA UNTUK KEKASIH HATI

RM 28.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: SUARA HATI PUBLICATIONS
Penulis: ATEEN KHALID

Tatkala rumah Tyara Ailana, seorang pelakon dipecah masuk oleh seorag peminat yang obses, Tengku Firas mengarahkan Luthfi Alzidan untuk melindungi wanita itu.
Luth berat hati pada mulanya untuk menerima tugasan itu mengenangkan 'siapa' Tyara pada Tengku Firas namun, saat fikirkan keluarga di kampung... dia terima.
Pertama kali bertentang mata dengan Luth, Tyara tergamam. Malah semakin Tyara mengenali lelaki itu, dia semakin menyenangi lelaki itu. Terutamanya ketika lelaki itu tersenyum dan berceloteh.
"Jadi awak takde kekasih? Tunang? Isteri?" - Tyara Ailana
"Saya mana ada marka. Eh... kekasih. Tak sempat nak cari. Sibuk. Kekasih pun tak ada tkkan tiba-tiba nak ada bini pulak." - Luthfi Alzidan
Tengku Firas hanya tahu mengarah. Tapi... yang melindungi, yang buat Tyara rasa selamat, yang berada dengannya ketika dia takut, yang buat dia ketawa... Luthfi Alzidan.
mengenali Luth membuatkan Tyara menjadi berani. Berani untuk keluar dari kehidupannya yang sebelum ini dan mencari bahagia yang diimpikan. Dia ingin hidup.. seperti orang lain. Hinggalah tiba ke satu tahap, Tyara sanggup tinggalkan semuanya hanya untuk memiliki cinta Luth. Namun, Luth menolak.
Untuk mendapatkan cinta dan bahagia yang diinginkan, bukanlah mudah. Bila disangkakan semuanya telah selesai, suatu musibah telah merenggut kejam kebahagiaan Luth dan Tyara. Buat pertama kali, Luth yang sentiasa melindungi menjadi lemah. Tyara pula diserang dengan rasa bersalah.
Kerana ada harga yang perlu dibayar kerana mencintai dia...

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.