Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • 2.png

NOVEL MELAYU FIGHT N FLY

RM 24.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: FAJAR PAKEER
Penulis: NADRINALINE RUSH

'Fight or Flight' respons memberi kuasa kepada seseorang untuk membuat pilihan, sama ada hendak berlawan atau melarikan diri dalam situasi genting. Perkara yang samadiaplikasikan dalam kehidupan seorang Hannah Dania yang suatu ketika dahulu bahagia sehinggalah...
Rasa mcam dihempap batu meteor dari langit. Pecah berderai semangatnya. Tanpa sedar, dia memilih untuk melarikan diri daripada berjuang melawan penyakitnya; berputus asa mencari senyumannya sendiri.
Tak pernah terlintas dalam fikiran Dania yang dia akan tergolong dalam golongan minoriti; dua daripada 100 ribu orang populasi Malaysia yang perlu bertarung dengan penyakit saraf yang menyeksakan itu.
"It will... keep cooming... and going away... sampai adik mati, umi. When the time comes... I'll be permanently disable..." - HANNAH DANIA
Yang paling ditakutinya, mungkin suatu hari nanti, dia ditakdirkan untuk kehilangan keupayaan fizikalnya yang sekarang. Permanently disable. Layakkah dia untuk mencari  kebahagiaannya sendiri? Dengan mengheret sekali orang yang dia sayang, menderita sekali disebabkan penyakitnya yang semakin teruk nanti? TIDAK.
Tapi itu bagi Dania. Lain pula bagi Haraz. Kalau sesuatu ujian itu tak dapat dihalang, kenapa nak lari? Lawan bersama-sama.
"I logged on into this fight while knowing the possibility of MS strike, kan? Senapang riffle, bazuka, bom, pisau Rambo, parang baba, semua dah siap dah, ready untuk perang." - DANIAL HARAZ
Percaturan paling gila yang Haraz lakukan, menjerat mereka ke permainan fizikal dan emosi yang tak pernah sudah.
Mampukah dia, Si Tauke Loji Kumbahan mengalahkan Si Jambu Dzariff? Yang paling penting, mampukah permainan ini ditamatkan dalam melawan penyakit Dania?
Kisah mereka bukanlah datar monotone seperti orang lain. Kisah mereka penuh dengan adrenaline rush disebabkan prank dan permainan mereka yang tidak berpenghujung. Penuh dengan tangisan. Penuh dengan teka teki. Roller-coaster ride.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.