• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 | Free shipping for orders over RM100 (SEMENANJUNG SAHAJA) Shop Now!
icon-search
icon-search
  • jalan.png
SALE 20%

[KARYA PUBLIKA] - NOVEL MELAYU JALAN PUAKA - SMO

RM 27.90
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: KARYA PUBLIKA

Penulis: RUMIE, D. RAFAEL, AZMEER SHAH, ZAIFU ZAMAN AHMAD & MUHAMMAD FATRIM


Satu perjalanan yang mengerikan

JALAN LAMA - Rumie

Hayati yang kerasukan dibawa suaminya, Faris dan adiknya Ahmad untuk berubat di rumah Ustaz Omar. Malang apabila laluan biasa kesesakan hingga memaksa mereka menggunakan jalan lama. Detik pertama mereka mengharungi jalan tersebut, satu persatu gangguan yang menyeramkan melanda hingga kereta yang dinaiki terhumban ke dalam curam. Masing-masing terperangkap tiada jalan keluar. Lebih menggerunkan sesuatu bersifat kejam sedang memburu nyawa mereka di situ! Siapa yang terselamat dan siapa pula yang bakal menjadi santapan penunggu jalam lama itu?

JANJI - D. Rafael

Setiap malam terdengar seperti ada seseorang sedang menyapu dedaunan kering di halaman rumah milik Hajah Aksah. Persoalannya siapakah yang melakukan kerja-kerja seperti itu di tengah-tengah malam yang sunyi?

MAMA - Azmeer Shah

Sebuah organisasi rahsia memilih Kyra sebagai ibu 'tabung uji' untuk kandungkan benih ciptaan manusia bagi merealisasikan matlamat mereka untuk melahirkan seorang janin yang kan kuasai dunia. Namun, kematian Kyra melahirkan satu makhluk baru bersifat kejam. 'Ia' bakal menjadi peneman Lily sampai mati.

RUMAH UNTUK DISEWA - Zaifu Zaman Ahmad

Adam dan Intan akhirnya berjaya mencari sebuah rumah sewa. Namun ada sesuatu yang menanti pasangan itu tanpa disedari oleh mereka.
"Yang pak cik dengar dia orang tak tahan duduk di dalam rumah tu," ujar Dollah.

SANGKAR - Muhammad Fatrim

Uqasha terperangkap dalam sebuah sangkar pemerdagangan manusia bersama adiknya Izaq. Hari demi Hari Uqasha perlu bertahan hidup atau dia dan adiknya dibawa keluar untuk dijadikan korban penjualan organ. Mampukah Uqasha dan Izaq bertahan dan tidak menjadi korban? Apakah ada harapan untuk mereka keluar dari sangkar durjana tersebut? Dan, benarkah kanak-kanak yang diumpan keluar menjadi korban penjualan organ? Atau....

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.