Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template-novelcerah.png

NOVEL MELAYU JASAD TANPA NYAWA

RM 26.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

JASAD TANPA NYAWA

SINOPSIS

Tubuh Ayani terdorong ke belakang akibat ditolak Hareez. Lelaki itu berjalan terhuyung-hayang menuju ke arah katil. Dia kini berada di bawah pengaruh alkohol. Buat sementara waktu kewarasannya telah hilang.


Ayani berdiri sambil menyapu sikunya yang terasa sakit akibat terkena bucu katil sewaktu jatuh tadi. Dia menoleh ke arah suaminya yang sedang tertiarap tidak sedarkan diri di atas katil.


Jam di dinding menunjukkan pukul satu pagi. Hareez baru sahaja balik dari kelab malam yang telah dikunjunginya bersama Alissa. Kalau diikutkan kata hati, dia tidak mahu balik ke rumah. Mujur dia takut perbuatan kejinya dihidu oleh Dato Nizam, juga merangkap bapa mentuanya.


Stoking yang dipakai Hareez ditanggalkan oleh Ayani. Suaminya masih memakai pakaian pejabat yang dipakai pagi tadi. Walaupun dia geram dengan tindakan suaminya itu, namun dia masih sedar tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.


Dia kemudian menghampiri tubuh suaminya yang masih meniarap seperti tadi. Tubuh lelaki itu digerakkan secara berhati-hati.


Wajah Ayani kelihatan berkerut. Bau arak yang menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya, mengganggu pernafasannya. Dia sendiri tidak habis fikir bagaimana seseorang dapat meminum minuman yang berbau tajam itu.


Usai menukar pakaian dan membersihkan tubuh suaminya, Ayani menuju ke luar bilik. Dia ingin pergi ke bilik di tingkat bawah yang sering digunakannya untuk melukis. Matanya masih degil untuk dilelapkan. Insomnianya semakin menjadi-jadi sejak dua menjak ini.


Perlahan-lahan dia melangkah menuruni anak tangga. Persekitaran rumah banglo itu sering dicemari dengan bunyi bising kenderaan di luar sana. Namun tidak pada malam hari. Suasananya sunyi sepi tanpa sebarang bunyi.
Ayani mengeluh perlahan. Suasana sebegini mengingatkan dia pada rumah banglo tempat dia membesar yang sudah hampir lima tahun ditinggalkan. Persekitaran hutan yang amat berbeza dengan kawasan bandar. Banyak kenangan yang dia tinggalkan di sana.


Sebaik sahaja tiba di tingkat bawah, dia menuju ke arah bilik berkeluasan sederhana tempat dia menghasilkan dan meletakkan karya-karya lukisannya. Bilik yang terletak berhampiran dengan ruangan dapur itu kelihatan gelap tidak berlampu.


Dia kemudian memulas tombol pintu bilik itu.


“Eh, siapa pula yang kunci bilik ni?” gumam Ayani sendiri. Dia berasa hairan kerana setahunya, dia tidak pernah mengunci bilik itu.



Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.