• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 | Free shipping for orders over RM100 (SEMENANJUNG SAHAJA) Shop Now!
icon-search
icon-search
  • lelaki.png
SALE 20%

[FAJAR PAKEER] NOVEL MELAYU LELAKI ITU - FAJAR PAKEER

RM 25.00
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: FAJAR PAKEER


  • 4 Cerita dalam satu novel
  • 4 Penulis dalam satu novel
  1. CINTA MILIK LELAKI EDISI FEBRUARI - OGY YUSOF

    Aimi Melati cuba memenuhi syarat yang diberikan Ary Redza untuk menjadi pasangannya.

    "Aimi, kita manusia takkan pernah sempurna. Akan tetap ada cacat celanya. Sama juga bila hendak berpasangan. Tak perlu nak terlalu keras dengan garis kehendak kita."

    Untuk apa diteruskan jika kenyataan sudah tidak berpihak kepada harapan?

  2. BUKAN SEORANG MUHALIL - AIN KAMALIA 

    Kehidupan mewah yang sering Ayu paparkan di laman sosial membuatkan dia berasa seronok hidup dalam dunia 'tipu-tipu'.

    "Tak payahlah kamu beria-ria sangat menangis Ayu. Nasi dah jadi bubur pun. Allah Menguji bersebab. Berbaloi ke kamu membuang air mata kerana seorang lelaki?"

    Kekecewaan mengajar diri untuk menapis kepercayaan pada lelaki. Tetapi hadirnya seseorang yang langsung tidak diimpi, perlukah disambut dengan lapang hati?

  3. HATI AKU UNTUK KAMU - DHIYA HANI

    Perempuan dan assumption mereka selalu mengakibatkan cemburu dan rajuk berpanjangan.

    "Kau nampak dan kau assume. Lepas tukau pujuk hati, kau kata yang kau dah buat keputusan yang terbaik dengan merelakan aku bahagia dengan orang lain. Tapi, hati aku dan hati kau yang terluka ni, kau tak kisah pun, kan?"

    Bahagia itu mahal maharnya. Anatara kata hati dan realiti, antara sakit hati dan mencintai, membolak-balikkah pilihan diri?

  4. BILOBA EMAS DI LANGIT BIRU - MSTEJA

    Wafa sering bermimpi berteduh di bawah rimbunan daun biloba emas dengan latar langit biru.

    "Aku petik kata-kata seorang ustazah ya. kata dia, manusia, bila dia mula hendak kuatkan diri dengan bergantung kepada ciri-ciri yang ada pada dirinya sendiri, itulah punca utama mereka menjadi lemah. Kerana manusia itu asalnya tiada apa-apa. Maka bagaimana kita hendak bergantung kepada benda yang asalnya tiada?"

    Benarkah ini pesan yang terakhir untuk cinta yang belum pun tercipta?

    Tentang dia yang bernama lelaki... adakala di persimpangan tanpa disedari ada badai yang berteman dengan qada dan qadar.
Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.