Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • Untitled-3.jpg

NOVEL MELAYU LEO - KARYA SENI

RM 27.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

LEO
SINOPSIS

Nama yang tertera dalam wasiat Allahyarhamah Dato’ Sri Hamra telah membawa Freda ke rumah agam di Kuala Kangsar. Kehadirannya di situ bukanlah kerana harta, tapi ada sesuatu yang dia cari. Tetapi bagi penghuni rumah agam pula, kepulangan Freda adalah sesuatu yang dinanti.


Ya, kepulangan….


Dan yang paling menantikan kepulangannya adalah Leo Huzair, pemilik bersama rumah agam tersebut.


Seperti mana Freda yang ‘pulang’ untuk mencari sesuatu pada mulanya, Leo juga turut mahukan sesuatu daripada kepulangan gadis itu. ‘Sesuatu’ yang sama iaitu satu penjelasan.


Dalam kekalutan menguruskan tentang rumah agam, cinta hadir tanpa dipaksa. Bagi Leo, cinta lama kembali berputik manakala bagi Freda pula, ini adalah cinta pertamanya.


Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Percaturan Freda mula pincang dan setelah Leo mengetahui segalanya, cinta buat Freda terus direnggut pergi bersama hati yang terluka.


“Kau ingat aku percaya? Setelah apa yang kau lakukan, kau ingat aku percayakan segala kata-kata manis kau, huh Freda Adiratna?” – Leo


“Kehilangan orang yang kita sayang sedangkan dia masih berada di hadapan kita adalah lebih menyakitkan. Kita dekat, tapi jauh. Usahkan untuk dipegang malah untuk digapai juga tidak mampu. Itu lebih sakit Tuan Leo. Itu lebih sakit....” – Freda


Tegarkah Leo untuk terus membiarkan Freda merasa sakit ditinggalkan? Bagaimana pula dengan hatinya? Mampukah hatinya menerima kehilangan buat kali yang kedua?


If you never turn the page, you will never know what the next chapter holds.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.