Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • heartbeat.png

[SUARA HATI PUBLICATIONS] - NOVEL MELAYU MY HEARTBEAT - SMO

RM 38.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: SUARA HATI PUBLICATIONS

Penulis: CIKNORCINTA


Raz Madani. Kasihnya teruntuk hanya buat Raihana. Kebahagian yang mereka kecapi, melingkari tanpa sebarang cela. Namun di saat derita menjengah jendela rumah tangga mereka, lelaki itu mula mencari pengganti untuk isterinya.

"Sahabatku Eman nazmi, sudi tak kau berkahwin dengan isteri aku, Raihana Marissa?"- Raz

Eman Nazmi. Hanya lelaki itu yang layak menggantikan tempatnya. Namun, sanggupkah dia menerima lamaran daripada seorang suami untuk isterinya? Mampukah dia memikul amanat daripada Raz hanya kerana janji yang telah dibuatnya?

Raihana Marissa. Mampukah wanita itu berpaling daripada paksi kesetiannya yang tertumpah hanya buat seorang suami yang bernama Raz Madani? Apakah dia mampu menerima dan menduakan lelaki daripada cinta pertama dan terakhirnya?

"Saya nak mati sebagai isteri dia, Eman." - Raihana

"Dan saya nak awak mati sebagai isteri saya." - Eman

Di saat Raz pergi meninggalkannya, Raihana karam sepenuhnya. Hidup dirasakan kelam dan menakutkan. Dia terkapai-kapai mencari kekuatan untuk terus bertahan dan hanya Eman yang setia berada di sisinya bersama selautan kasih yang tidak kenal erti surut dan pasang.

"Saya ni bekas orang, Eman. Saya sedang mengandung. Saya akan ada dua orang anak. Saya dan anak-anak saya nanti adalah satu beban. Saya tak nak awak pikul beban itu." - Raihana

"Saya sanggup pikul seberat mana pun beban tu." - Eman

Tatkala Raihana mula menerima ketentuan, kehadiran Zarina menjadi tembok penghalang. Penghinaan demi penghinaan membuatkan Raihana hampir rebah di tengah medan perjuangan.

"What? Your future wife? Perempuan bunting macam tu bakal wife you?" - Zarina

Apakah yang telah berlaku? Ke mana perginya Raz? Di mana semua sumpah janji Raz untuk kekal bersama hingga ke akhirnya? Kenapa dibiarkan Eman membela nasib isterinya dan menepis semua derita?

"Raz Madani tidak akan pernah luput daripada hati Rai hingga ke nafas terakhir Rai. He is and will always be my heartbeat till the end of my life." - Raihana

Dan... mampukah Eman memiliki Raihana apabila degup jantung wanita itu masih utuh untuk suaminya?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.