Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template-novelcerah.png

NOVEL MELAYU PENGGANTI CINTA DIA

RM 27.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

PENGGANTI CINTA DIA

SINOPSIS

HAZRAIN & SHIMA – Sepuluh tahun bercinta, tiga bulan bahagia menjadi suami isteri… indah! Tapi, saat inai masih merah di jari... Shima menghembuskan nafas terakhir. Hazrain menderita! Seseorang dalam ahli keluarganya telah dipersalahkan sepenuhnya atas kematian isteri tercinta.
“Gemuk badak air!”
Itu kata-kata hinaan yang diterima oleh Jasmin dua belas tahun lepas. Anehnya, sehingga kini dia masih tidak lupa gerangan yang ‘menghadiahkan’ kata-kata hinaan itu kepadanya.
Takdir mempertemukan Hazrain dan Jasmin dalam situasi yang tak dijangka. Tapi, pertemuan mereka ibarat buku bertemu ruas.

“Kau ni tak reti bahasa ke? Kalau nak double park pun tinggallah nombor. Kau ingat jalan ni nenek kau punya ke?” - Jasmin
“Bukan nenek kau punya jugak, kan?”- Hazrain

Mereka berdua saling membenci. Hazrain bermulut lancang, Jasmin kuat melawan. Namun... di sisi Hazrain ada Eqeen yang sedang menanti. Di sisi Jasmin, ada Uzair yang sentiasa berharap.
Satu rahsia lama terbongkar saat satu keputusan berat hendak diumumkan. Sayangnya, hanya Jasmin yang tahu. Keputusan diubah! Hazrain dikejar untuk dijadikan suami.

“Kau nak apa telefon malam-malam? Tak ada adab ke? Tak tahu orang nak tidur ke apa ke? Biadab betul!” - Hazrain
“Cakap pasal adab, macamlah kau tu ada adab sangat. Perangai macam setan!”- Jasmin

Perkahwinan mengikat mereka. Tanpa paksaan tapi, ada agenda tersembunyi. Hanya satu yang diinginkan Jasmin. Sesuatu yang ditunggu sejak dua belas tahun lepas. Hazrain harus sedar kesilapannya. Ada harga yang perlu dibayar!
Bagaimana Jasmin dan Hazrain akan menyatu jika mereka sebenarnya pernah mengalami trauma kehilangan? Dapatkah Jasmin bersama Hazrain saat hatinya sering terluka dengan bicara angkuh lelaki itu? Dan Hazrain, mampukah menerima Jasmin saat janji sudah terlafaz hanya mencintai arwah isteri?
Dan... saat rancangan Jasmin telah terbongkar, apa yang akan terjadi pada rumah tangga mereka?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.