• template-novelcerah.png
1
SALE

[FAJAR PAKEER] -NOVEL MELAYU - TARANUM LELAKI RAMBUT PERANG

Regular price
RM 21.60
Sale price
RM 21.60
Regular price
RM 24.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
Terbitan: FAJAR PAKEER
Penulis: USAKO PRINCESZ

"Bodoh! Kalau Dayang Senandung itu sukakan percaturan gila kau ni, dia takkan lari dari dewan tu! Aku berani bersumpah, kau takkan jumpa gadis itu lagi!" - SYED MUHAMMAD SYAHMI
Dyang Senandung? Apakah hanya kesilapan lalunya yang terlalu berani membuat permintaan khas tersebut sehingga sanggup menghukumnya sehingga kini? Gelaran sinis yang mengejek warna kulit hitam manisnya membuat Fadilah tertekan.
Segalanya berubah dengan sekelip mata. Jiwa Fadilah mula berbunga mekar. Pesona Naifi bagai seorang hero yang berjaya membasuh luka nuraninya. Dia suka bila mendengarkan nada dan alunan taranum itu. Kala yang lain enak berfoya-foya membuaikan halwa telinga dengan lagu-lagu rentak terkini, dia pula selesa dengan taranum yang indah daripada sang pujaan hati.
"Game apa? Kau dah tengok sendiri malam tadi kan, aku dah proposed dia depan smua. Itu pun kau cakap game? Kau jangan tahu nak maki aku! Kau tak dengar ke semalam, dia juga sayangkan aku! Kau yang tiba-tiba memekak kenapa?" - SYED MUHAMMAD NAIFI
Hubungan cinta yang terjalin menjadi keruh tatkala gadis itu terasa dipermainkan. Fadillah mula mengatur strategi membalas semua kesumat yang dicampak lelaki itu ke jiwanya.
"Aku dengan dia tiada hubungan istimewa pun. Apa yang kau lihat itu hanyalah lakonan semata-mata. Kalau ada seuatu yang sangat menyakitkan kau nanti, percayalah segalanya berbayar." - FADILLAH MARISSA
Segalanya yang berawal sebagai suatu permainan akhirnya menjerut diri sendiri. Naifi bagai tersungkur di dalam perangkapnya sendiri.
Bila rasa dendam menguasai, untuk apa mempertahankan sebuah kejujuran yang tak pasti?
Adakah cinta sejati antara Fadillah dan Naifi itu benar-benar ada atau angan-angan yang berlalu pergi?
Hanya kerana 99% perasaan benci, melenyapkan baki 1% dek dendam.
Jika dibuang yang benci, sekelumit baki sayang yang tersorok itu pasti akan bercambah mendominasi seluruh rasa menjadi satu yang suci.