Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • Untitled design.jpg

NOVEL MELAYU TERPANAH ASMARA

RM 35.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: CRESCENT
Penulis: CIK TET

AINAN SOFEA
Gadis polis yang terperangkap dalam permainan ibu dan anak. Hanya kerana satu kesilapan yang tidak disengajakan, dia terpaksa bersetuju untuk bergelar isteri kepada pemuda yang tak pernah dia kenal sebelum ini.

"Kenapa awak nak hancurkan masa depan awak hanya kerana nak ikut rancangan mengarut mak awak?" - Ainan

GHIBRAN MALEQ
Lelaki yang penuh dengan rahsia dan bakal bertunang dengan kekasih hati. Namun boleh pula dengan begitu mudah dia bersetuju bila dipaksa menikahi wanita yang baru dikenalinya.

"Jangan pernah terniat pun untuk tanggalkan cincin tu dari jari manis awak." - Ghibran

Ainan redha demi menjaga aib serta maruah keluarga. Tetapi sebaris ayat yang meniti di bibir pemuda itu membuatkan hatinya layu sebelum mekar.

Nikah gantung.

Tempoh 6 bulan diminta oleh Ghibran. Namun pada malam pertama bergelar suami saja, dia sudah tak mampu untuk berjauhan daripada isterinya.

"Dan kalau awak terlupa...nikah gantung tu juga bermakna kita tak boleh nak bersama selagi majlis kita tak selesai." - Ainan

"Kalau saya beritahu...saya nak mansuhkan saja nikah gantung tu." - Ghibran

Akan bertahankah terma dan syarat nikah gantung itu buat Ghibran Maleq? Atau ia sekadar kalimah yang dah tak boleh diguna pakai? Bagaimana pula dengan bekas kekasih yang muncul untuk menuntut haknya?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.