Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • r.png

NOVEL MELAYU THE KHAYALAN BLUE

RM 35.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: SUARA HATI PUBLICATIONS
Penulis: ELVROSETH

Puteri Ajla Zulaikha. Seindah-indah kisah di antara kisah. Di matanya, ada seorang lelaki, bermata biru, senyuman manis bagai madu. Di matanya, lelaki ituharus dia kejar, harus ada di dalam genggaman tangannya, harus ada di dalam hatinya. Dia akan dapatkan lelaki itu walaupun maruahnya diragut dan egonya tiada. Dia bersumpah, dia akan kejar Yousuf sampai mati.
Muhammad Yousuf Bin Abdullah. Seindah-indah mata biru yang memandang. Di matanya, Zulaikha gadis yang bijak, berani, tegas dan lantang bersuara. Zulaikha ialah gadis yang seksi, menawan dan menggoda. Tetapi seorang Yousuf tidak mahu gadis seperti ini. Dia mahukan seorang gadis yang solehah, menutup aurat, sempurna agamanya. Di mata Yousuf, Zulaina, kakak kepada Zulaikha la orangnya.
Yousuf, hanya lelaki Irish, si mualaf yang bermata biru terbang dari Ireland ke negeri Melayu, hanya untuk menuntut ilmu baru. Agama Islam menjadi pilihannya setelah lama dia mencari hidayah dan taufik. Namun, dengan adanya seorang Zulaikha dalam hidupnya, imannya kaku! Hatinya goyah.
"Love me, love me hard. Or leaves me, to destroy your heart."
Di antara dosa, cinta dan Tuhan, di manakah pilihan hati seorang Yousuf dan Zulaikha?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.