Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • 1.png

NOVEL MELAYU ZAEM RASYA

RM 28.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: KASEH ARIES PUBLICATION
Penulis: SHIROE SHERRY

Pada Rasya, cinta Datuk Zulkarnain kepada ibu saudaranya hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata. Apatah lagi lelaki itu sudah pun mempunyai tiga isteri. Demi mencari bukti telahannya adalah benar, Rasya bertindak 'masuk' ke dalam mahligai lelaki itu sebagai pengurus rumah.
Namun, bekerja di situ bukanlah sesuatu yang mudah. Tuan Zaem aka Lord Vader, anak Datuk Zulkarnain itu sentiasa mencari salahnya. Hidupnya tak pernah aman.
"Saya akan perhatikan awak dari masa ke semasa. Awak ingat office awak saja ada video rakaman CCTV rumah ni? Jangan nak gembira sangat." - Tuan Zaem
Malangnya dia sudah terlalu jauh bermain dengan api sehingga hampir memakan dirinya. Rasya harus berhenti.
"Tuan Zaem tak ada ciri-ciri lelaki idaman saya." - Rasya
"Saya akan pastikan ciri-ciri lelaki idaman awak bertukar kepada Zaem Danial! Zaem Danial! Zaim Daniel! Tak perlu ciri-ciri lain dah" - Tuan Zaem
Ada sesuatu yang menghalang Rasya dari menerima lamaran cinta Tuan Zaem. Dan belum sempat dia berterus-terang, semuanya telah terbongkar.
"Mulai dari hari ni... sila berambus daripada hidup saya." - Tuan Zaem
"Saya janji tak akan muncul lagi depan tuan." - Rasya
Menyedari kesilapannya, Tuan Zaem kembali mengejar cinta Rasya. Namun berjayakah Tuan Zaem meraih kembali cinta dan mengubati luka hati si gadis? Apakah rahsia besar yang cuba disembunyikan Rasya hingga dia menjadi mangsa tohmahan?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.