Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template-novelcerah.png

PENGANTIN SATU MALAM

RM 27.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: INTENS
Penulis: SOPHILEA

"Kisah cinta kamu dan aku bagaikan hikayat 1001 malam."

ZAHRED HADRI.
Seorang lelaki yang sangat membenci makhluk yang bernama wanita. Semuanya bermula disebabkan bapanya sendiri merampas teman wanitanya sendiri.
Bermula dari titik hitam itu, dia sangat bencikan wanita dengan memberi layanan yang buruk kepada setiap wanita yang baru dikenalinya.

ZULAIKHA NASREEN.
Seorang wanita yang terdesak memerlukan wang untuk syurganya. Ibunya menghidapi kanser hati dan memerlukan pembedahan secepatnya. Kerana RM100, 000.00 dia sedaya upaya mencari wang untuk pembedahan ibunya.

Dia cuba meminta wang pinjaman daripada Tuan Zahred, namun siapa sangka lelaki itu menawarkan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.
"Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan? Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?"- ZAHRED

"Saya janji tuan, atau tuan boleh potong 50% daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin." -ZULAIKHA

Zulaikha mencuba nasib lagi dengan mencagarkan rumah pada syarikat dengan harapan dia mampu mendapatkan wang pinjaman tersebut. Dia berharap agar ada sedikit belas ihsan dalam hati bosnya itu kepada dirinya.

Namun, hanya satu kata-kata Zahred membuatkan rasa benci terpasak dalam hati seorang Zulaikha.

"A night with me... Dan seratus ribu ringgit akan menjadi milik awak."

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.