Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • 1.png

RINDU PADA DIA - NOVEL MELAYU

RM 25.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

TERBITAN: IDEA KREATIF
PENULIS: AIDAH BAKRI
INARA
Dilamar oleh cinta pertama, masakan mahu ditolak. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal.
Sudah terbayang bahagia hidup bersama nanti. Namun cinta yang tidak berbalas dulu, tetap tidak
berbalas meksi diri sudah bergelar isteri. Dia hanyalah singgaha sementara.
" Diam adalah cara yang paling tepat saat rindu tak berbalas." Luah Inara tanpa sedar. Hujung matanya
terasa hangat. Abang Is! Hati masih menyeru nama yang satu itu.
" Diam adalah cara yang paling tepat saat bibir tak pandai meluah luka sedangkan hati juga sudah tak cukup kuat
untuk menahan." Setitis air mata Inara jatuh ke pipi. Namun pantas dia sapu dengan hujung kain telekung. Wahai
diri, jangan menangis di hadapan lelaki ini!
Benarkah cinta yang dikejar, memang meninggalkan luka akhirnya?
AFKAR
Diduga dengan kehilangan orang tersayang, membuat jiwanya turut dibawa pergi. Hidup yang dilalui hanya terasa
gelap sehingga kehangatan mentari bagai tak terasa. Namun sejak terpandangkan wanita itu, jiwa dia
bagai disiram salju.
" Jangan lokek sangat Inara. Tak jadi dosa kalau awak izinkan saya menumpang kasih sayang anak awak."
Ubat untuk jiwanya ada pada Inara. Lantas hati Inara yang masih cedera parah, cuba dipulihkan dengan
caranya sendiri.
" Pasti ada hikmahNya, Inara. Pasti ada lukisan takdir yang lebih indah buat awak dan Anas."
Akan terbukakah hati Inara untuk Afkar? Atau masih diakah yang beraja di hati?
Mampukah Afkar menampal luka yang begitu parah di hati Inara?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.