Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template-novelcerah.png

SETIA AKU HANYA PADAMU

RM 25.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: FAJAR PAKEER
Penulis: QHAYRA QHAYRIESA

“Tapi aku bos kau dan sebagai bos, aku ada hak nak halau kau dari mengganggu privasi aku.” – RASH

“Encik hanya bos saya di syarikat. Di luar pejabat, encik bukan sesiapa bagi saya. Lagi satu, gaji saya dibayar oleh Tan Sri Qhalis dan bukan encik. Jadi apa saja tindak- tanduk yang saya lakukan adalah atas arahan Tan Sri, bukan ikut sedap saya sendiri. Faham sekarang?” – ARA

Bergelar cucu kepada Tan Sri Qhalis tidak memaknakan Rash akan mewarisi harta kekayaan lelaki tua itu. Apatah lagi sejak dia kembali ke Malaysia dia perlu bersaing dengan Ara, seorang gadis yang entah dari mana datangnya dan menjadi kesayangan Tan Sri Qhalis.

Paling dia tak suka, gadis dingin beku itu menjadi setiausaha dan tinggal serumah dengannya pula. No way!

Tempoh masa enam bulan diberikan Tan Sri Qhalis kepada Rash untuk mengenali Ara. Dan benarlah kata orang. Tak kenal maka tak cinta. Sayang Rash kepada Ara mula menular meski Ara bagai tidak lut dengan setiap godaan lelaki itu. Rash tetap tidak mengalah hinggalah di hari terakhir mereka bergelar bos dan pekerja, Ara mengungkap kata-kata yang tak terduga.

“Saya tak mahu ada apa-apa kaitan dengan encik dan Tan Sri Qhalis lagi - ARA

Rash bungkam. Siapa Ara sebenarnya? Apa kaitan gadis itu dengan masa silamnya? Tatkala dia sedar, Ara sudah pun pergi meninggalkannya.

Lantas Rash menanam tekad. Ara harus dicari dengan harapan. Masih ada sisa kemaafan Ara buat dirinya. Ara sendiri, mampukah melupakan lelaki yang pernah memiliki jiwa wanitanya sedangkan dalam hatinya masih ada cinta buat lelaki itu?

Memuja, mendamba dan mencintai satu hati yang sama. Namun, perjuangan dan kesetiaan tidak akan bertahan, jika kau dan aku tidak pernah menjadi kita.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.