Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • single.gif

SINGLE TERLALU LAMA !

RM 28.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: PENULISAN2U
Penulis: PYNAT MOURI

SHAZRIMIN, welder yang ditinggalkan kekasih angkara kerjayanya yang tak menjanjikan masa depan. Hidup bujang diteruskan walau bermacam tohmahan dan umpat keji diterima.
Pertemuan dengan salah seorang team member di tempat kerja membuatkan dia jatuh hati. Namun disimpan rasa hati yang sentiasa membelenggu dan mengusik perasaan. Mana mungkin dia mencintai lelaki?! Haram!
MIKANADYRA. Kehadirannya sering membuatkan jantung Jimin sentiasa berdebar dan tak menentu. Tanpa usikan dan pertelingkahan, ibarat hari Jimin tak lengkap. Mikanadyra yang kasar, kuat menjeling, mulut celopar tapi kaki sentap!
"Jangan sesekali berani buka mulut canang kat bengkel yang aku bawa kau balik kampung. Pastikan mulut kau tu zip elok-elok." - JIMIN
"Kalau aku ter... juga, kau nak buat apa?" - MIKA
"Aku welding mulut kau. Ingat tu!" - JIMIN
Hubungan mereka kian mesra. Keluarga Jimin juga merestui cinta mereka namun, percintaan mereka terhalang angkara ibu Mika yang menjadikan kerjaya Jimin sebagai isu.
"Boleh tak kau serius sikit? Tak kesian kat aku ke? Aku ni yang tersepit antara ..." - MIKA
"Antara aku dengan famili kau? Macam tu? Kalaulah kau rasa tersepit ... Tak tahu nak buat pilihan... Senang saja. Kau pilih famili. Aku okey, jangan jadi anak derhaka. Mungkin kita tak ada jodoh." - JIMIN
Habis tu? Macam mana dengan perhubungan mereka? Takkan Jimin nak biarkan cintanya terputus di tengah jalan sekali lagi? Nak membujang sampai bila, Jimin oi?!

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.