Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template_umum1.png

SIRI CERITA HANTU: PUAKA PKP 2020

RM 10.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: PTS
Penulis: KHAIRUL NIZAM KHAIRANI

Kerana degil, seorang penduduk telah melangsungkan majlis perkahwinan anaknya tanpa menghiraukan pandemik Covid-19 yang sedang melanda. Ditakdirkan, pasangan pengantin telahpun dijangkiti dan virus maut itu mula tersebar kepada tetamu yang bertandang.
Kuarters Sri Bukit menjadi zon merah dan diletakkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana beberapa penduduknya yang mengunjungi majlis perkahwinan tersebut telah positif Covid-19. Namun, kuarters kerajaan yang terpencil itu mula memeningkan pihak polis dan tentera apabila beberapa penduduknya mulai hilang tanpa dapat dikesan biarpun di bawah kawalan ketat. Dan semakin hari, semakin ramai penduduk yang hilang.
Akif, seorang remaja yang tinggal di kuarters itu melihat kelibat makhluk aneh di salah satu blok kuarters itu yang tidak didiami. Dia yakin, makhluk berbadan manusia dan berkepala babi tunggal itu yang menjadi punca kehilangan penduduk di situ. Dan dia semakin pasti apabila mengetahui hutan tebal di belakang kuarters itu rupanya menyimpan satu kisah ritual misteri. Kerana berlaku satu tragedi, Akif bertekad untuk bersemuka dengan makhluk itu. Apakah sebenarnya makhluk aneh itu? Adakah Akif berjaya membongkar misteri kehilangan penduduk kuarters Sri Bukit. Atau dia sendiri akan menjadi mangsanya?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.