Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • al-rahman.png

TAFSIR AL-QURAN SURAH AL-RAHMAN

RM 48.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Terbitan: ALIM RABBANI


Surah al-Rahman, surah yang tidak asing bagi kita di Malaysia. Walaupun bukan bacaan yang selalu dibaca seperti Surah al-Waqi'ah, ia tetap menambat hati untuk dibaca dan dihafal. Kandungan ayatnya yang pendek-pendek dan beritma, menjadikan ia satu surah yang sering kali menjadi pilihan para qari untuk dibaca dan dialntunkan dengan suara yang merdu. Isinya yang unik yang tidak sama dengan surah-surah yang lain apabila ada pengulangan ayat yang sama sebanyak 31 kali.

Apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menghuraikan kandungan surah ini, ia seperti beliau sedang mericih-ricih halus setiap patah kata ayat kemudian diadunkan bersama di dalam bancuhan ilmu yang pekat dan pengalaman yang padat. Sehingga terhasil sebuah hidangan untuk 'dicicah' dan 'dikunyah' oleh para hadirin dan pembaca buku ini. Melalui nota kecil ini, kita tidak dapat merasai kemanisan 'hidangan' huraian Tuan Guru terhadap bait-bait ayat Surah al-Rahman sehingga kita meratahi sendiri setiap baris ayat dalam buku ini.

Nota kecil ini hanya ibarat sebuah lukisan satu pemandangan. Hanya mata sendiri yang menatap dapat menikmati pemandangan yang sebenar. Apabila kita biasa menghadam kuliah-kuliah Tuan Guru, kita akan rasai bagaimana Tuan Guru melumati setiap baris ayat-ayat suci Al-Quran daripada Surah al-Rahman ini untuk dibentangkan kepada pendengar supaya mereka memahami setiap intonasi dan konotasi makna yang Allah ingin sampaikan kepada manusia. Kita dapat membuat muhasabah kendiri melalui retrospektif sehingga terbentuk satu pemikiran yang jernih dan bulat kepada Allah yang Maha Esa.

"Hendak membolehkan Allah redha, maka sesuatu itu mestilah kita tapi. Makanan yang kita makan, juga mesti ditapis. Bukannya tapis daripada sekam sahaja, malahan tapis daripada unsur halal dan haram. 'Yang masuk ke dalam mulut aku ini walaupun teh secawan ataupun air seteguk, aku beli dengan duit halal atau haram?' Kalau dengan duit haram kita beli makanan atau sate, maka semuanya kosong. Di akhirat kelak, semuanya menjadi kosong!" 

- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat -

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.