• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • alwaqiah.png
DISCOUNT 15%

[ALIM RABBANI]-TAFSIR AL-QURAN : SURAH AL-WAQIAH

RM 38.25
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: ALIM RABBANI


Surah al-Waqi'ah antara surah yang terkenal di Alam Melayu. Ada yang membacanya setiap hari, ada yang membacanya setiap hari Jumaat atau sebelum tidur.

Surah ini padat dan sarat dengan perkara ghaib tentang Hari Kiamat, syurga dan neraka. Bermula dengan gegak gempita kejadian hari Kiamat di mana bumi akan di'khe-nyek' (dihancurkan) dengan kemusnahan yang amat dahsyat. Diikuti pula nikmat syurga dan azab neraka yang tidak pernah dilihat oleh mata, terdengar oleh telinga, terlintas di hati dan terjangkau oleh akal manusia. Allah Subhanahu wa Ta'ala menggambarkannya dalam ayat-ayat yang pendek di dalam Surah al-Waqi'ah ini. 

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menghuraikan surah ini melalui ilmu Sastera Arab beliau yang mendalam. Beliau dapat menghuraikan ayat demi ayat dengan konotasi yang tepat ayat demi ayat, kalimah demi kalimah.

Pasak demi pasak yang sentap dan padu, almarhum Tuan Guru 'menjolok' dan 'mencucuk' telinga para pendengar agar tersemat kemas dan 'terikat mati' di sanubari kalbu yang Muslim dan Mukmin. Melalui bicara mutiara hikmah Tuan Guru, kita telusuri samudera Kalam Ilahi dalam Surah al-Waqi'ah.

Your cart is currently empty.
Continue shopping