Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • 1.png

TAFSIR JUZ 'AMMA 2018

RM 25.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

TERBITAN: PTS
PENULIS: HAMKA
Tafsir Juz "Amma adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung
nusantara iaitu Profesor Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA
menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis),
tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat
dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan
Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan
meraikan kepelbagaian mazhab.
Tafsir Juz 'Amma menumpukan penafsiran HAMKA bagi surah-surah pendek yang terkumpul dalam Juzuk
ke 30 Al-Quran yang seringkali kita baca.
Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran
dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah
dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut
diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.