Free shipping for orders over RM100 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • template-novelcerah.png

TERGELINCIR DARI JALAN SYURGA

RM 26.00
- +
code
icon-bag Add to Cart
Home

Apabila mereka diuji, ramai yang tergelincir dari jalan panduan al-Quran. Malah, mereka bersedih. Walhal telah dikatakan... la tahzan! (Jangan bersedih.)
Awina Datuk Mikayel, wanita yang tampak sabar dan tabah pada luarannya. Namun, kehilangan Azri membuat Awina hilang pertimbangan. Ledakan emosi membawanya ke jalan kegelapan.
Hid Johar yang baru menjalani pemindahan jantung kini, hidupnya kembali bersinar-sinar setelah melalui beribu duri dan getir kehidupan. Pertama kali bertemu Awina, perasaannya kuat mengatakan wanita itulah yang ditemui lewat mimpi-mimpi ketika dia terlantar sakit.
“Kita kahwin? Hid... kita kahwin!” - Awina
Wajah Hid bertukar pucat. Adakah Awina bergurau dengannya? Apa yang terjadi sehingga wanita itu rela berlari ke dalam pelukannya, lelaki yang tidak punya apa-apa?
“Win, saya nak awak bahagia. Saya terima awak luar dan dalam. Siapa pun awak, apa pun yang awak lakukan, saya tetap cintakan awak.” – Hid Johar
Dia ikhlas menyatakan cintanya kepada wanita itu. Dia tahu Allah pertemukan mereka dengan seribu satu hikmah. Tetapi, bahagiakah hidupnya bersama wanita yang penuh rahsia itu?

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.