Terbitan: PTS
Penulis: BRIAN TRACY
Buku ini adalah versi teks yang ditulis daripada program pita rakaman (program audio) mengenai bidang jualan yang bertajuk The Psychology of Selling (Psikologi Menjual) yang terbukti berjaya pada peringkat antarabangsa. Sejak diterbitkan, program itu diterjemah dalam 16 bahasa dan digunakan oleh 24 negara. Ia adalah program jualan profesional yang paling laris dalam sejarah.
Menurut kajian yang dilakukan kepada para pengguna program audio itu, lebih ramai yang berjaya menjadi jutawan daripada proses latihan yang pernah dibangunkan di mana-mana jua. Penulis menggunakan bahan latihan ini bagi melatih lebih daripada 500,000 jurujual dari seluruh pelosok dunia, yang bertugas di 5,000 buah syarikat dalam pelbagai industri.