Home > Products > 11.11 KEBABOOM! > LU'LU' DAN MARJAN
LU'LU' DAN MARJAN
enlarge

LU'LU' DAN MARJAN


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM28.00  
Item details
SKU: 9789670448398

Stock: Stock available

Brand: KAKI NOVEL
Penerbit: KAKI NOVEL
Penulis: ANARIF
Product Code: 9789670448398
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

TERBITAN: KAKI NOVEL

PENULIS: ANARIF

Apabila Marjan muncul di banglo Dato' Safwan, semua orang mencurigainya, lebih-lebih lagi Lu'lu', anak kandung Dato' Safwan. Sikap Lu'lu' yang sedikit baran membuatkan Marjan tercabar dan kerap bertikam lidah dengannya namun, Marjan mengalah apabila mengetahui kisah di sebalik sikap Lu'lu' yang membuatkan dia tidak senang duduk.


Lawatan ke PD membuatkan hubungan si pemandu dan anak gadis tuan rumah itu bertambah baik, dan Marjan semakin jauh dengan misi utamanya yang mencampakkannya ke banglo tersebut. Apabila Marjan terpaksa pulang ke kampungnya secara tiba-tiba, Lu'lu' tidak sedap hati. Musibah menimpa apabila Dato' Safwan meninggal dalam kemalangan ketika ketiadaan Marjan.


Sekembalinya Marjan ke banglo itu, Marjan menjadi suspek utama dan Lu'lu' patah hati apabila Marjan cuma membisu bila tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepadanya. Marjan tidak mengaku kalah. Dia sudah bertekad untuk menawan Lu'lu' kembali, walaupun Kartini, kakak angkat Lu'lu' turut mencurigainya.
Marjan melamar, namun penolakan Lu'lu' membuatkan Marjan kembali ke alam nyata. Statusnya sebagai seorang pemandu tidak cukup buat anak gadis hartawan seperti Lu'lu'. Tanpa mendedahkan identitinya, Marjan pergi untuk selama-lamanya membawa hati yang luka kerana misinya sudah gagal.


Apabila Lu'lu' dalam bahaya, Marjan kembali mendengar kata hatinya dan melompat turun dari takhta. Kali ini, tiada undang-undang yang boleh menghalangnya. Demi Lu'lu', Marjan sanggup kehilangan segala-galanya dan benarlah, cinta itu buta. Tetapi butakah cinta Lu'lu'? Mengapakah Marjan terpaksa pergi sekali lagi dengan hati yang luka? Bolehkah permata Lu'lu' dan Marjan berdampingan untuk selama-lamanya?
“Tanya sama hati, Apa sebab suka,
Nanti jawab hati, Suka hati aku la....”

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods