Home > Products > 11.11 KEBABOOM! > NASI LEMAK BUAH BIDARA
NASI LEMAK BUAH BIDARA
enlarge

NASI LEMAK BUAH BIDARA


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM22.00  
Item details
SKU: 9789670448145

Stock: Stock available

Brand: KAKI NOVEL
Penerbit: KAKI NOVEL
Penulis: APRIL SNOW
Product Code: 9789670448145
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

TERBITAN: KAKI NOVEL

PENULIS: APRIL SNOW

Akhmal :

"Saya mungkin tak pandai nak susun kata-kata atau merangkai ayat-ayat berbunga. Jauh sekali nak menyulam bahasa berjiwa-jiwa tapi saya nak Siti tahu..." Akhmal hela nafas. "saya sukakan Siti sejak pertama kali melihat Siti. Saya...sayangkan Siti. Dan... sehingga kini sayang itu makin bertambah utuh di hati saya. Saya...harap Siti faham maksud saya."

Siti:

"Saya tak tahu nak cakap apa encik Akhmal, cuma..." Siti hela nafas. Air hangat yang mengalir diseka dengan hujung jari. Akhmal penuh takzim memerhati gerak geri Siti. "Saya rasa sangat gembira hari ini. Gembira sekali." Siti mengatup bibir. Sedih dan gembira saling bersilih ganti. Wajah kacak Akhmal ditatap. Perlahan-lahan bibir mengukir senyum." Terima kasih kerana sudi terima saya yang entah dari mana asal usulnya ini. Terima kasih kerana sudi menerima saya yang serba kekurangan ini. Terima kasih kerana sudi membuatkan saya rasa sangat bahagia hari ini. Terima kasih!"

Dua jiwa saling mengerti bahasa hati masing-masing. Janji diikat. Catatan jodoh yang terpahat di loh mahfuz termetrai penuh adat dan hukum di kanvas hidup kedua-duanya namun… bahagia itu bukan mudah digenggam. Dugaan hidup itu lumrah. Kisah silam yang masih samar terus mengejar. Siapa sebenar dirinya ini? Siti pasrah. Akhmal tahu cinta itu tidak mudah. Onaknya sukar diramal. Siti tidak akan sesekali dipersia. Janji pada-Nya tidak akan sesekali dipermain. Jawapan pasti ditemui. Dia pasti. Sangat pasti!

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods