SERIBU RINDU
enlarge

SERIBU RINDU


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
Promotion ends
RM  28.00  19.60  
Item details
SKU: 9789672137412

Stock: Stock available

Brand: IDEA KREATIF
Penerbit: IDEA KREATIF
Penulis: HANI FAZURA
Product Code: 9789672137412
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

TERBITAN: IDEA KREATIF

PENULIS: HANI FAZURA

Bagi Maisarah, cinta pertamanya adalah Airel dan kawan sehidup sematinya adalah Irfan. Dia tak boleh buang Irfan hanya kerana Airel tak suka. Tapi apabila kisah keluarganya memaksa dia dan Airel berpisah, Irfan datang bersama lamaran. Tak disangka rupanya selama ini Irfan mencintainya.

“Kau pergilah masuk bilik dulu, aku nak siapkan kemas kat dapur ni.” Tangannya yang digenggam Irfan ditarik. Mata Maisarah mengecil memandang si suami.

“Eh! mana tahu bilik yang mana satu.” Irfan simpan senyum. Sengaja buat muka serius.

“Kau jangan nak mengada-ngada eh! Tadi kau salin baju kat mana?” Maisarah bercekak pinggang. Bibir diketap geram. Menerima Irfan kerana mahu lari dari Airel dan mahu menukar kebiasaan menjadi sebaliknya memang agak sukar. Tapi sesungguhnya cinta itu tak bersyarat. Kesempurnaan seorang Irfan buatkan Maisarah jatuh cinta kali kedua dan dia tutup kisahnya bersama Airel. Namun, mahligai mereka diuji hebat. Saat Irfan hampir putus asa, Airel muncul sebagai doktor yang berjanji untuk menyembuhkan. Tapi di sebalik janji tersebut, ada cagarannya.

“Cinta saya pada awak tak pernah kurang, Sarah.” - Airel

“Kalau awak rasa sudah penat hidup dengan abang, awak boleh minta untuk dilepaskan, Sarah. Awak layak untuk dapat yang lebih baik.” – Irfan.

Maisarah jadi keliru, sama ada dia masih kekal bersama Irfan hanya kerana kasih atau kerana kasihan. Rupanya, menjadi kuat itu sangat memenatkan. Adakah Maisarah akan mengalah dan meminta untuk dilepaskan?

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods