Home > Products > Book > Agama > SOLATKU OKSIGENKU
SOLATKU OKSIGENKU
enlarge

SOLATKU OKSIGENKU


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM38.00  
Item details
SKU: 9789670932163

Stock: Out of stock

Brand: IBNUKATSIR
Penerbit: IBNUKATSIR
Penulis: DR.ALI AHMAD AL-KHATIB
Product Code: 9789670932163
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

TERBITAN: IBNUKATSIR

PENULIS: DR.ALI AHMAD AL-KHATIB

Tidak lama lagi sang fajar akan terbit. Akan tetapi, fajar yang sebentar lagi terbit ini bergantung pada

eksistensi kita dalam menorehkan satu bidang luas atau panjang garis tertentu.

Namun bila mana kita keluar dari batas-batas peribadi kita, nescaya kita akan mendapati pada setiap saat.

Bahkan setiap detik di dunia ini, fajar baru yang terbit bersinar menerangi alam ini.

Setiap saat terdapat seruan, "Hayya 'alash shalah", panggilan yang ditujukan demi (mewujudkan)

kehidupan yang lain. Kehidupan yang terbina di atas asas yang berbeza, asas yang terbina oleh

solat kita.

Ia adalah kehidupan yang "oksigen" nya adalah solat. Itulah kehidupan yang sebenarnya, yang

memandang kehidupan lain sebagai kematian yang menenangkan.

Pada setiap fajar, di setiap saat, akan terdapat seruan, " Ash-solatu khairun minan naum." Seruan

itu bukan untuk membangunkan kenyenyakan manusia di atas katil. Akan tetapi, juga membangunkan

keterlelapan tidur lampu yang bersinonim dengan kematian secara klinikal, bezanya mereka berjalan

di sepanjang keterlelapan mereka. Mereka juga tetap makan, berjalan di pasar-pasar, menikah dan

melahirkan anak. Dengan kata lain, mereka tahu bagaimana meneruskan tidur di sela-sela semua itu.

Keadaan sebegini membuatkan penulis, rasa terpanggil untuk berkongsi idea-idea cemerlangnya

dalam buku yang ada di tangan anda ini. Buku ini mengupas perbahasan tentang solat dari sudut

pandang yang berbeza. Kebanyakan buku bertema solat biasanya membahas tentang gerakan, bacaan

dan tatacara solat dari segi hukum fiqh dan dalil-dalilnya. Sementara buku ini memaparkan kepada kita

apa makna yang tersirat disebalik semua gerakan, bacaan dan tatacara solat kita. Oleh yang

demikian, diharapkan setelah membaca buku ini, solat kita menjadi lebih bermakna, bukan hanya

sekadar gerakan-gerakan dan bacaan-bacaan yang tidak kita faham maksudnya.

Semoga dengan membaca buku ini solat yang kita tunaikan boleh memberikan kesan kebaikan tidak

hanya untuk diri peribadi, tetapi juga untuk masyarakat, bangsa dan umat. Amin ya Rabbal' Alamin.

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods