Home > Products > Book > Agama > KUDAKAP CINTAMU RAMADAN
KUDAKAP CINTAMU RAMADAN
enlarge

KUDAKAP CINTAMU RAMADAN


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM32.00  
Item details
SKU: 9789670573120

Stock: Stock available

Brand: PSN PUBLICATIONS
Penerbit: PSN PUBLICATIONS
Penulis: MOHAMMAD SUBKI ABDUL RAHMAN AL-HAFIZ
Product Code: 9789670573120
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

TERBITAN: PSN PUBLICATIONS

PENULIS: MOHAMMAD SUBKI ABDUL RAHMAN AL-HAFIZ

Diterimakah puasaku? Sempurnakah puasaku? Adakah sah puasaku? Batalkah puasaku? Mengapakah

diri masih di tunggangi hawa nafsu? Syaitan yang menjadi nakhoda hawa nafsu dibelenggu di dasar

laut tetapi mengapakah kita juga turut karam bersama?

Dilema ini sering kali membelit jiwa mencengkam perasaan setiap kali kita melakukan ibadah puasa

pada bulan Ramadan sehingga menerbitkan rasa was-was yang tidak berkesudahan dalam diri, terkadang

merosakkan ibadah puasa yang dilaksanakan.

Alangkah ruginya jika puasa yang kita lakukan seharian itu mendapat ganjaran lapar dan dahaga sahaja.

Ini bukan nilai Ramadan yang dicari. Justeru, bagaimana?

Kudakap Cintamu Ramadan memberikan kupasan terperinci tentang ibadah puasa untuk merungkai dilema

dan menjawab persoalan yang terus membayangi kita agar dapat mendalami makna Ramadan yang

diajar oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Selain berpuasa, kita juga seharusnya menjadikan Ramadan sebagai bulan tarbiyah untuk mengubah

sifat mazmumah kepada sifat mahmudah, daripada diri yang ditunggung hawa nafsu kepada diri yang

menunggang hawa nafsu bagi meraih cinta Allah SWT dan kasih Rasulullah SAW. Peluang kecemasan

ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-

orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah 2:183)

Dapatkan Kudakap Cintamu Ramadan sebagai wahana bagi mendapatkan ganjaran puasa yang bukan

sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi puasa orang soleh (al-khawash) dan puasa khawasil khawas,

iaitu para nabi, as-siddiqun dan al-muqarrabin.

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods