JAGAKAN AKU [KARYA SENI]
enlarge

JAGAKAN AKU [KARYA SENI]


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
Promotion ends
RM  29.00  21.75  
Item details
SKU: 9789674691394

Stock: Stock available

Brand: KARYA SENI
Penerbit: KARYA SENI
Penulis: SYU ARIANI
Product Code: 9789674691394
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

Terbitan: KARYA SENI

Penulis: SYU ARIANI

"Cuma Doktor Ana Zahirah yang boleh tentukan kematian saya."

Bergegar dunia Zahirah apabila seseorang datang menemuinya dan mengatakan itu. Semuanya bermula selepas dia menjadi saksi kepada satu babak percubaan membunuh secara tidak sengaja. Kini, tak semena-mena dia terheret sama dalam permainan nyawa Devil Angel.

"Kadang-kadang tak ada niat membunuh, tapi keadaan mendesak." - AINA NATASHA

"Dia membunuh sebab dia seronok membunuh. Itu aje." - MUZAFFAR

Di antara kedua-dua sebab itu, yang mana satu yang menjadi punca Devil Angel membunuh? Atau ada sebab lain, yang membuatkan Devil Angel 'menghantar' mangsa-mangsanya kepada Zahirah? Sungguh, Zahirah panasaran!

"Ana Zahirah. Kau... mengecewakan aku." - DEVIL ANGEL

Insan-insan terdekat Zahirah mulai menjadi mangsa. Emosi Zahirah bertambah kacau-bilau apabila ASP Aydinmengesyaki dia ialah Devil Angel, atau sekurang-kurangnya dia bersubahat dengan Devil Angel. Tetapi suatu hari...

"Jangan takut. Aku akan jagakan kau." - ASP AYDIN

Entah mengapa, jiwa wanita Zahirah telah meresap masuk janji Aydin. Diam-diam, dia mempercayai lelaki itu dan janjinya. Satu insiden di Kuala Lumpur membuka peluang untuk Zahirah mengetahui kisah silam Aydin dan tak dapat tidak, hati wanitanya terus terbuka untuk lelaki itu.

Namun, bisakah Aydin kotakan janjinya bilamana Zahirah sudah menjadi obsesi Devil Angel? Pada saat Zahirah sendiri berubah menjadi wanita tidak berjiwa, mampukah dia menghalang Devil Angel daripada terus-terusan membunuh? Atau Zahirah sendiri akan jatuh ke lembah gelap dan menjadi serupa Devil Angel?

"Whoever fights monster should see to it that in the process he does not become a monster. And when you look into the abyss, the abyss looks into you." - FRIEDRICH NIETSZCHE, GERMAN PHILOSOPHER

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods