KERANA HATI TELAH BERJANJI
enlarge

KERANA HATI TELAH BERJANJI


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
Promotion ends
RM  23.00  17.25  
Item details
SKU: 9789674691424

Stock: Stock available

Brand: KARYA SENI
Penerbit: KARYA SENI
Penulis: RISSA AHDIYA
Product Code: 9789674691424
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

Terbitan: KARYA SENI

Penulis: RISSA AHDIYA

"Nama awak Manis?"

Ya. Namanya cuma Manis. Tapi bagi dia, tak ada yang manis pun dalam hidupnya. Ada emak dan abah pun, macam tak ada. Dia dianggap anak kelas kedua, jauh sekali nak jadi harapan keluarga. Bagi mereka, anak lelakilah yang boleh diharap dan sebab itulah di rumahnya, kaum lelaki dilayan macam raja. Dia? Dayang merangkap orang gaji buat sang raja yang berkuasa. Sejak kecil dia dimomokkan dengan kata-kata yang buat dia rasa rendah diri dan sehodoh-hodoh manusia dalam dunia.

Remy. lelaki yang tulang rusuk kirinya dicuri Manis. Bagi Remy, ini cinta pandang pertama. Tapi bagi Manis, ini peluang untuk dia keluar dari rumah itu. Remy berikan warna dalam hati yang selama ini tak dicorak apa-apa.

Dalam melayari rumah tangga, pasti ada dugaannya. Kerana sayang, manis terpaksa juga melepaskan lelaki yang dia cinta. meninggalkan Remy bukan perkara mudah. Tapi demi mencari bahagia, manis terpaksa juga melepaskan lelaki yang separuh nyawa mencintainya.

"Abang pun tahu bagaimana kehidupan Manis sebelum ni, kan? Manis berdoa, moga akan ada kesudahan yang gembira dalam hidup Manis. Tapi..." - MANIS

Selama berpisah, nama Remy tak pernah hilang dari ingatan Manis. Dia berharap yang Remy akan muncul semula, tapi Remy seolah-olah langsung tak ingatkan dia. Hilang macam kabus. Namun, Hizbur pula yang selalu ada untuknya, menuntut Manis tunaikan janji lama.

Hizbur. Lelaki yang pernah Manis mungkiri janjinya. Mereka bertemu semula dalam situasi yang janggal. Hizbur doktor dan Manislah pesakitnya.

"Bertahun saya nanar, Manis. bayang awak ada di mana-mana. Saat saya sampak awak, saya rasa mahu sujud syukur di situ juga." - HIZBUR

"Doktor Hizbur... Please, awak tahu maksud saya. Dan saya nak ingatkan awak, kita tak pernah ada kisah bersama." - MANIS

"Saya tak minta awak kahwin lagi. Saya minta awak kahwin dengan saya aje." - HIZBUR

Saat Manis rasa yang dia dah reda menerima dan lupakan semuanya, Remy tiba-tiba buat kemunculan semula.

"Abang teringin nak jadi payung untuk manis, supaya hati dan mata Manis tak lagi basah." - REMY

Antara rasa yang pernah ada dan kenangan yang tak pernah mati, Manis jadi keliru sendiri. Atau haruskah dia mencari bahagia itu sendiri?

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods