CINTA...JANGAN LARI DARIKU
enlarge

CINTA...JANGAN LARI DARIKU


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM22.00  
Item details
SKU: 9789670246680

Stock: Stock available

Brand: KARYA SENI
Penerbit: KARYA SENI
Penulis: LIZ HALIZA
Product Code: 9789670246680
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

Terbitan: KARYA SENI

Penulis: LIZ HALIZA

CLARISSA IMANI gadis manis yang lepas bebas. Hobinya pada waktu malam ialah ‘mencucuk bintang' di langit. Puas dinasihati Ameena, teman serumahnya tetapi ibarat mencurah air ke daun keladi. Dia masih lagi begitu menjadi penghuni tetap kelab malam di Kuala Lumpur.

Kepulangan EDRIS SHAH ANUGERAH ke bumi Malaysia setelah lima tahun menetap di bumi Australia disambut gembira oleh seluruh ahli keluarganya tetapi Anugerah pulang bukan seorang diri. Dia pulang membawa seseorang puteri comel yang bernama Sutra Ashikin. Mujur seluruh keluarga dapat menerima tanpa menduga ada rahsia besar yang disimpannya.

Mereka ditakdirkan hidup berjiran. Pertemuan yang biasa-biasa sahaja akhirnya bertukar menjadi luar biasa. Rindu mula datang. Cinta mula mekar. Kasih mula bersemi. Sayang kini pasti.

“Abang nak kahwin dengan Rissa?”
“Kalau orang di sana sudi, orang di sini apatah lagi.”

Benarlah kata orang, bukan cinta namanya tanpa sebarang dugaan. Melia datang menuntut haknya. Demi haknya yang cuba dinafikan membuatkan Melia berubah dan seterusnya memecahkan rahsia yang disimpan rapi oleh Anugerah.

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods