Home > Products > Book > Novel > JADI MENANTU PILIHAN
JADI MENANTU PILIHAN
enlarge

JADI MENANTU PILIHAN


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM25.00  
Item details
SKU: 9789672137184

Stock: Out of stock

Brand: IDEA KREATIF
Penerbit: IDEA KREATIF
Penulis: CIK AMAL AMINA
Product Code: 9789672137184
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

TERBITAN: IDEA KREATIF

PENULIS: CIK AMAL AMINA

“Jom kita kahwin!” – Farhan.

Sebaris ayat tersebut buat hidup seorang Zara jadi huru-hara. Tak pernah terfikir olehnya untuk menjadi isteri pada Ahmad Farhan, anak jiran sebelah rumah yang sudah dianggap sebagai abang sendiri.

“Pasal apa abang hantar rombongan meminang?” – Zara.
“Sebab abang nak kahwin dengan Zaralah…” – Farhan.

Menjadi tunang kepada Farhan@paan itu tidak mudah. Tetapi lagi sukar menyandang gelaran yang halal di sisi lelaki tersebut. Ada saja langau yang datang menghimpit.

“Yup, bakal madu! Saya kan nak nikah dengan Dr. Farhan.” – Maya.

Tak cukup dengan Maya yang menggoda, datang pula cinta pertama si suami.

“Aku akan pastikan Farhan jadi hak aku balik! Aku yakin dia masih cintakan aku. Aku ni cinta pertama dia.” – Suraya.

Tapi sedikit pun Zara tak melatah. Dia mula mengatur strategi dalam menepis segala cubaan merampas. Namun bila soal anak dibangkitkan, Zara mula kalah. Dia menjadi takut akan kehilangan suami sendiri.

Mampukah Zara terus bertahan menjadi yang halal buat suaminya bila orang-orang yang mahu merebut Dr Ahmad Farhan itu tak pernah jemu berusaha dan tak pula ada rasa malu?

Delivery Info

Cash on delivery not available

Payment Methods