[AHA PUBLICATIONS] BLOOD & FLAME by ZURA RAHMAN
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
No human leaves this place alive. She has to be one of us or die!
Apabila Teja, pelajar tahun satu di Universiti Metropolitan Cybercity bertemu dengan Fang, CEO muda Axis Corporation di satu program CSR yang dianjurkan oleh syarikat tersebut, dia telah terjebak ke dalam dunia yang tidak pernah terjangkau dek fikirannya.
Pandangan mata yang tajam dan suara Fang yang memukau buat Teja terpesona dengan lelaki itu. Auranya sungguh misteri.
Setiap pertemuan dengan lelaki itu buat Teja umpama dipukau. Lalu Teja telah menerima tawaran lelaki itu untuk membuat latihan industri di anak syarikat Axis Corporation. Tanpa sedar, gadis itu sudah terjebak di dalam satu dunia yang lain.
Fang merupakan seorang ‘half blood' dari keturunan vampire yang hidup di dalam dunia manusia. Lelaki itu juga tertarik dengan gadis itu yang seakan-akan jelmaan isterinya di waktu lalu, dan tidak sekali-kali ingin meninggalkannya.
“I love you to the depth and breadth and height my soul can reach. And I cannot find the gap between where my soul ends and yours begins.” ~ Fang.
“Where did you come from, Fang?” ~ Teja.
Namun, percintaan mereka tak menemui jalan yang mudah kerana ia menjangkau logik akal dan sains. Terlalu ramai yang inginkan mereka mati!
“Maafkan aku jika suatu hari nanti aku terpaksa hisap darah gadis yang kau sayang.” ~ Skyler.
“Semua ini harus dihentikan! Aku akan bunuh dia malam ini juga. Dan kau… akan menjadi saksinya!” ~ Drake.
Adakah kemungkinan untuk mereka bersatu? Adakah mereka akan dapat memperjuangkan cinta mereka biarpun terpaksa merentas lautan api?
“Jika aku terpaksa bunuh kamu semua, aku tak akan teragak-agak! And I… would skin all of you alive. Just for her!!!” ~ Fang.