• garis
  • ko_202310141617_0001 - Copy (2)
  • rt_202310141617_0001
1

[FAJAR PAKEER] GARIS MATI - MARIA KAJIWA

Regular price
RM 24.30
Sale price
RM 24.30
Regular price
RM 27.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: MARIA KAJIWA


Satu undian telah diajalankandi grup ASFC Facebook. Kesemua ahli grup telah diminta memilih topik kisah hantu yang paling ingin dibaca oleh mereka. Keputusan yang diperolehi membuatkan Arfan dan Wahidah sama-sama berkerut dahi.

"Kum Kum?" - Arfan

10 jenis hantu mendapat undian tertinggi. Daripada topik Kum Kum hinggalah ke topik Saka. Setiap tajuk memaksa Arfan bergerak pantas mencari cerita. Dalam masa yang sama berdepan dengan pelbagai kerenah manusia dan masalah yang mengancam nyawa.

"Darah daripada 40 orang anak dara... itu benar. Tapi Suraya tak buat semua tu..." - Kak Senah

"Arfan... engkau tu mudah sangat percaya pada orang. Sebab tu mudah sangat terkena." - Wahidah

"Kain kuning tu kain yang sudah direndam dengan air mandi mayat. Tanah tu tanah kubur. Kalau kamu buka bungkusan ketiga tu mesti ada kain kafan." - Pak Engku Mustaffa

Demi tugasan yang diberikan peminat, Arfan melawan segala ketakutan dan kesakitan. Mampukah dia melepasi segala halangan? Dapatkah dia menyiapkan manuskrip dalam masa yang ditetapkan?

"Hati yang sakit dan kotor, akan membalas dengan cara berdendam. Hati yang baik kalau sakit akan mencari Tuhan."

Kerana setiap cerita ada rahsianya...