• 1
  • 2
  • photo_2023-10-16_15-43-55
  • photo_2023-10-16_15-43-52
1

[FAJAR PAKEER] IMPERFECT MOMENT - AYESHAH AMANI

Regular price
RM 24.30
Sale price
RM 24.30
Regular price
RM 27.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Fajar Pakeer

Penulis: Ayeshah Amani


"When I'm good,I'm good, but when I'm bad,I'm better." - MAE WEST

Dia wanita yang sungguh berani. Sanggup melarikan diri daripada majlis pernikahannya sekaligus mencontengkan arang ke wajah orang tuanya.

Namun, tiada siapa yang tahu di sebalik perwatakannya itu dia hanyalah seorang wanita yang dahagakan perhatian dan kasih sayang. Ibu dan ayahnya berlindung di sebalik nama agama. Mahu dipandang tinggi oleh sekalian makhluk sedangkan di sisi Tuhan, merekalah sejahat-jahat manusia.

Pertemuannya yang tidak dijangka dengan seorang lelaki Arab-Pakistan yang bernama Isa Khan mencetuskan perbalahan apabila lelaki itu mengkritik sikap dirinya yang berpura-pura alim. Disebabkan sakt hati, dia sanggup mengatur untuk membalas dendam.

"Dalam kolej kau kena hormat aku as lecturer. Aku tak mintak banyak, just cukuplah kau tahu batas antara seorang pelajar dan pensyarah antara kita." - ISA KHAN

"Kalau aku tak nak?" - SAFEERA NASREEN 

Dendam akhirnya bertukar tragedi. Siapa sangka lelaki yang amat dia benci itu akhirnya menjadi penyelamatnya. 

"Tak perlu ke abang korbankan diri abang sampai macam ni? Sanggup jadi pak sanggup untuk tutup perlakuan sumbang Safeera?" - RANIA KHAN

Apakah peristiwa lama tersebut sehingga Isa sanggup ketepikan hati dan perasaanya semata-mata untuk mengahwini wanita seperti Safeera?

Dan kepada Safeera.. adakah dia akan bahagia setelah berkahwin dengan lelaki sebaik Isa?

Benarkah Safeera merupakan sejahat-jahat wanita?

Jika ini merupakan takdir yang perlu mereka tempuh, luka dan air mata bakal menjadi peneman segala kesakitan dan ujian yang perlu dihadapi.

Menangis tapi tidak berlagu. Luka tapi tidak berdarah.

"Only a broken soul may only be understood by another damaged soul.