• 9789838223232
  • 202506111454_0005
  • 202506111454_0006
1

[FAJAR PAKEER] INSPEKTOR AQLAN

Regular price
RM 33.00
Sale price
RM 33.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

TERBITAN : FAJAR PAKEER

PENULIS : SYIRAHNEES


Angkara perjanjian, nyawa menjadi taruhan.

 

Bukan kerana dia rela, tapi kerana setiap detik yang berlalu semakin memaksa dia untuk terus bertahan.

Hidupnya bukan kisah indah yang ditulis dengan dakwat emas, tetapi sebuah perjalanan berduri yang ditempuh menyusuri gaung-gaung luka.

Rayfa Alzahrah sudah lali dengan cercaan dunia. Cacian menjadi nyanyian dan luka menjadi melodi yang setia.

Cinta, baginya, hanyalah dusta. Itulah prinsip yang terpahat dalam hati. Andai prinsip itu adalah ais, maka perlahan ia mencair… tatkala hadirnya Aqlan Alfarizqi, lelaki yang tidak datang membawa janji, tetapi hadir dengan tenang, lalu membalut luka.

Aku tahu kau masih tak sembuh dari luka sendiri. Jadi, izinkan aku jadi perawatnya. Boleh?” —Aqlan Alfarizqi

Setiap pandangannya, setiap diamnya, adalah bahasa yang perlahan-lahan mengubah persepsi Rayfa tentang cinta.

Dalam perjalanan pasti terselit ujian. Bukan sekadar bahagia yang direntap, malah kewujudan kumpulan kultus yang memuja selain Yang Maha Esa membuatkan kerja Aqlan sebagai seorang inspektor semakin berat. Berkemungkinan nyawa Rayfa menjadi galang ganti!

Sabar, sabar dan terus sabar. Itulah apa yang orang katakan. Ayat klise. Tapi kau faham tak untuk terus kekal kuat, ingat tak sakit ke?” —Rayfa Alzahrah

Mampukah Rayfa terus kekal kuat atau akhirnya jatuh kerana terus diuji bertalu-talu?

Dan benarkah Aqlan akan terus kekal di samping bidadarinya, kerana kesetiaannya terus diuji?

Dalam dunia yang dipenuhi topeng dan bayang, siapa yang benar… dan siapa yang berpura-pura?

Satu demi satu badai datang mengetuk. Antara sihir dan jenayah, antara dendam dan fitnah.