• sembunyi
  • jb_202402191610_0001 - Copy
  • xw_202402191610_0001 - Copy - Copy
1

[FAJAR PAKEER] JANGAN SEMBUNYI CINTA - IDA RA

Regular price
RM 18.75
Sale price
RM 18.75
Regular price
RM 25.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: IDA RA


Diubati oleh luka, dipeluk oleh derita, buat hidupnya terumbang-ambing. Melupakan si dia yang pernah menghuni di hati, bagaikan mengharapkan lelaki itu kembali. Mustahil, kerana mereka tidak mungkin ditakdirkan untuk menyatu.

Lantas dia membawa diri ke sebuah pulau sambil membayangkan betapa indah seandainya Johan ada di sisi. Tanpa sengaja, seseorang datang membuatkan dia keliru. Tanpa diduga munculnya kisah masa lalu.

"Awak tak mahu beri saya peluang untuk saya buatkan? Peluang terakhir untuk saya?" - Aizal

Lelaki yang pernah bertakhta di hatinya, namun mana mungkin dia akan menerima lelaki yang pernah tinggalkannya kerana perempuan lain. Dalam keadaan kelam-kabut, mujur ada penyelamat yang membantu. Dani, dijadikan umpan untuk menyamar sebagai kekasih cadangan.

"Hidup dalam sepi. Dia bagaikan takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Tiada siapa yang mampu membawa dia keluar dari gua yang malap sehinggalah dia bertemu dengan seseorang..." - Dani Ikram

Eriqa takut setiap cinta yang datang akan diakhiri dengan kematian atau tragedi yang menyakitkan. Seolah-olah sumpahan menjadi darah dagingnya.

"Bukan ke awak dah beritahu saya dulu, jangan ganggu awak lagi. Jadi jangan ganggu saya lagi sampai bila-bila. Saya tak nak tengok muka awak!" - Eriqa

Bagaimana pengakhiran mereka, adakah dia perlu berkorban untuk sendiri lagi? Layakkah jiwanya dimiliki, andai ada saja yang tidak kena? Salahkah takdirnya?

Jika sabarku tidak kuasa membawamu kembali, biarlah ikhlas menemanimu pergi. Cinta tidak pernah sembunyi, hanya saja jiwa ini lambat mengetahui.

"Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan kita nanti. Sirna."