• pendekar
  • tgx_202401211604_0001 - Copy (2)
  • sa_202401211605_0001 - Copy (2)
1

[FAJAR PAKEER] KASAM RENJANA SANG PENDEKAR - USAKO PRINCESSZ

Regular price
RM 20.80
Sale price
RM 20.80
Regular price
RM 26.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: USAKO PRINCESSZ


Kesetiaan yang teguh bagai dimeteri dengan tembaga yang tak mudah dicairkan!

Takdir Tuhan, resepi turun-temurun itu sekali lagi melakar memori, merekat dua hati. Dua anak muda berdarah pendekar itu akhirnya bertemu kembali setelah bertahun-tahun terpisah dek parut lama yang merantai keluarga. Di kala dua hati sudah berjanji untuk sehidup semati, taufan kuat tiba-tiba membadai lagi hubungan mereka.

"Aku bukan menantu pilihan. Hanya seorang gadis yang tersua-suakan anak teruna orang!" - SYANIL SUHAILA.

Si gadis mula rasa rendah diri lantaran calon menantu yang menjadi pilihan adalah daripada darah daging sendiri. Rasa tersisih sehingga pujuk rayu daripada sang teruna pun tidak mampu merawat keadaan. Dia hampir-hampir tunduk dengan plot yang diatur.

"Segala keturunan kau takkan aku biarkan bersatu dengan keturunan Rohaila!" - WAK LAZIM

Kemunculan semula pendekar bertopeng di tengah-tengah konflik keluarga itu merungkai misteri keluarga. Namun, sang teruna tetap ampuh dengan jati diri. Cinta sucinya akan terus diperjuangkan!

"Aku bersumpah demi Allah! Kau akan gagal kali ini Wak Lazim! Percaturan syaitan ini hanya sia-sia!" - ISMI ZULKARNAIN

Ternyata, kesungguhan cinta tidak semudah kata-kata yang terungkap. Apabila pertarungan yang bermandikan darah membenarkan amaran, tegarkah nyawa srikandi dan kesatria yang menjadi taruhan?

Sekali lagi, kedua-duanya ditantang dengan fitnah besar daripada jurus hitam yang sama. Kisah silam yang tragik mahu diulang. Kiranya jurus ampuh yang diandalkan, mampukah memadam kasam renjana sang pendekar? Berupayakah kasih yang bertaut dipertahankan hingga ke akhir garisan? Atau denai itu sekali lagi akan menjadi saksi.

Kerana dendam dan cemburu yang menguasai, luka lama yang akan berdarah kembali.