• parenting
  • plk_202402201615_0001
  • NOVEL-AHA(1)
1

[FIRDAUS PRESS] PARENTING JOURNEY EDISI KEDUA

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 50.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: FIRDAUS PRESS

Penulis: FHAIS SALIM


PETIKAN BAB 53

DILEMA ANAK SULUNG


Ramai berubah selepas dapat adik baru.

Seorang adik, berubah sikit.
Dua adik, berubah sikit lagi.
Makin ramai adiknya, makin banyak perubahannya.

Ini semua kesan daripada rasa kena 'bersaing' untuk dapatkan kasih sayang kedua orang tua.

Antara perubahan yang boleh berlaku:

  • Makin kuat merajuk
  • Makin sensitif
  • Makin kasar
  • Makin kuat melawan
  • Makin mengada-ngada
  • Makin banyak keluh
  • Makin asing diri


Macam-macam, bergantung pada personaliti anak tersebut. Semuanya gara-gara anak itu rasa tak ada orang sayang dia lagi.

Nampak remeh tapi bagi anak yang PERTAMA rasa dimanjakan, ditatang bagai minyak penuh, dipeluk setiap hari, dipuji selalu tiba-tiba semua itu HILANG sejurus ada adik baru... Allahu..

Tambahan pula sejak ada adik,

  • dia kena banyak mengalah
  • dia kena banyak buat kerja
  • dia banyak disuruh diam
  • dia tak boleh kacau ibu dengan adik
  • dia selalu dipersalahkan
  • dia jadi mangsa kena marah