• 3
  • 4
  • photo_2024-01-14_15-20-53
  • photo_2024-01-14_15-20-51
  • photo_2024-01-14_15-20-56
1

[HIJJAZ RECORDS PUBLISHING ] BAITULMAQDIS/JERUSALEM DLM CENGKAMAN ISRAEL

Regular price
RM 34.11
Sale price
RM 34.11
Regular price
RM 37.90
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: HR Publishing

Penulis: Dr Nor Aishah Hanifa

Buku ini berjudul, Strategi Israel, Sejarah, dan Arkiologi di Jerusalem/Baitul Maqdis sejak tahun 1967 mengupas polisi-polisi Israel dalam strategi bukan militeri ke arah menguasai Jerusalem/Baitul Maqdis, Timur Jerusalem dan wilayah Tebing Barat. Menerusi strategi ini Israel menggunakan arkiologi sebagai instrumen dalam mengubahkan sejarah bumi Palestin. Ini merupakan startegi negara yang boleh difahamkan daripada pendekatan Realism sebagai teori hubungan antarabangsa.

Buku ini dibahagikan kepada lima bab utama untuk mngupas butiran-butiran penting di dalam Konflik Israel-Palestin. Bab pertama membincangakan tentang Sejarah tapak Haram al-Sharif di Jerusalem/Baitul Maqdis. Bab ini membentangkan perbincangan tentang sejarah tapak Haram al-Sharif atau Al-Aqsa, pertembungan tamadun Yahudi, Kristian dan Islam, naratif sejarah Yahudi dan kuil Yahudi, naratif sejarah Kristian, dan naratif sejarah Islam. Selain daripada itu, sejarah dinding atau tembok Haram al-Sharif; dinding barat, dinding timur, dinding selatan dan dinding utara dibincangkan secara terperinci.

Bab kedua bertajuk Sejarah Masjid-masjid di Haram al-Sharif. Bab ini membincangkan tentang sejarah Masjid al-Qibli, masjid-masjid di dalam Masjid al-Qibli iaitu Masjid Omar, Masjid 40 Martyrs, Masjid Putih, Masjid Mariam, Masjid Purba Aqsa, Masjid al-Marwani, Masjid Cradle of Issa, Masjid al-Buraq, Masjid Marocco, dan Masjid Wanita. Selepas itu perbincangan focus kepada Dome of the Rock atau Qubbat al-Sakhra. Bahagian dalaman seperti Batu al-Sakhra , mihrab-mihrab, kubah, kesenian Islam dan perubahan yang berlaku kepada Dome of the Rock dalam dinasti yang berlainan di bincangkan dengan terperinci.

Bab ketiga bertajuk Sejarah Kubah dan Minarah di Haram al-Sharif. Dalam bab ini penulis membincangkan pelbagai variasi kubah  yang terdapat di tapak al-Aqsa. Terdapat lebih kurang 12 buah dengan berbagai nama di atas tapak al-Aqsa. Seterusnya perbincangan dibuat tentang sejarah binaan mihrab, pintulengkungan, madrasah, punca air, dan mimbar masjid. Semua binaan ini mencerminkan ketinggian seni bina Islam dari dinasti-dinasti yang berlainan.

Bab ke-empat bertajuk Masjid al-Aqsa dan Arkiologi. Masjid al-Aqsa merupakan nama lain bagi Haram al-Sharif. Dalam bab ini  kegiatan arkiologi sebelum tahun 1967 dan selepas tahun 1967 dibincangkan untuk melihat perubahan yang berlaku kepada arkiologi selepas penguasaan Israel pada tahun 1967. Dalam perbincangan ini para ahli arkiologis terkenal di Jerusalem seperti Benjamin Mazar dibentangkan. Bab ini juga mendedahkan tentang arkiologi akademik, arkiologi biblikal dan arkiologi nationalistik. Selain daripada itu fakta tentang mempolitikkan arkiologi, undang-undang arkiologi, Autoriti Antikuiti Israel, undang-undang antarabangsa, peranan UNESCO di Jerusalem, peranan Jordan, dan peranan Autoriti Palestin (PA) dibincangkan dengan jelas.

Bab ke-lima adalah bab yang terakhir, bertajuk Polisi dan Strategi Israel di Jerusalem. Dalam bab ini polosi Israel dikupas di Haram al-Sharif dan di Lembangan Suci. Polisi Israel yang menyokong semua gerakan ekstrim dinyatakan tanpa prejudis. Selain itu,gerakan activism kuil diberikan perhatian kerana gerakan ini merupakan gerakan yang boleh membahayakan warisan sejarah dan budaya di Jerusalem. Aspirasi mereka untuk membina kuil ketiga disokong secara langsung dan secara secara tidak langsung oleh kerajaan Israel. Selanjutnya fokus diberikan kepada anggota Knesset yang bersayap kanan, kumpulan peneroka tanah yang radikal, kegiatan arkiologi Israel di Lembangan Suci. Sistem terowong bawah tanah dan binaan struktur di bawah tanah merupakan strategi Israel untuk mengusai Lembangan Suci. Israel bertekad mendapatkan kedaulatan Israel yang sepenuhnya ke atas HAram al-Sharif dan Jerusalem.