• manusia
  • dfs_202403071429_0001
  • bxh_202403071429_0001
1

[IBDE ILHAM] MANUSIA DAN ALAM TABII: KEMELUT RUHANI MANUSIA MODEN - HARD COVER

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 45.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: IBDE ILHAM

Penulis: SEYYED HOSSEIN NASR


PENGENALAN


Seluruh kandungan buku ini berdasarkan empat syarahan yang telah disampaikan di Universiti Chicago sepanjang bulan Mei 1966, yang membentuk sebahagian daripada rentetan syarahan tahunan yang berlangsung di Universiti tersebut di bawah tajaan Yayasan Rockefeller. Syarahan ini bertujuan hendak menyelidiki secara menyeluruh segala masalah yang merundung kedamaian dan kehidupan manusia sendiri akibat aneka penerapan ilmu moden.

Kenyataan bahawa syarahan sedemikian rupa dianjurkan saban tahun menjadi bukti wujud kebimbangan dalam banyak kalangan pada hari ini tentang kebejatan teknologi serta ancaman ilmu dan teknologi terhadap kedamaian. Banyak ikhtiar telah dibuat untuk mencari sebab bagi kekacauan pada waktu ini yang kewujudannya demikian nyata hingga nyaris tiada sesiapa pun boleh mengabainya lagi. Namun jarang sekali sebab mendasar dan asasinya pernah ditonjolkan. Mungkin kerana jikalau sebab itu diketahui maka akan berlaku rombakan menyeluruh dalam pola pemikiran kebanyakan orang yang melihat segala akibat buruk daripada sebab tersebut. Sedangkan hanya segelintir pula yang sanggup menerima atau menempuh rombakan ini.