[IDEA KREATIF] HIS CODE NAME ALPHA 2 by ELYSHAKAMAN
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
TERBITAN : IDEA KREATIF
PENULIS : ELYSHAKAMAN
Angkara cemburu buta, Dhia Raihana kehilangan Ehsan Eskandar. Namun dia cuba untuk meraih semula cinta Ehsan. Sebaliknya, Ehsan pula semakin menjauh.
"...awak terseksa dengan saya. Jadi sekarang, kenapa nak ubah pula? Kita dah pun berpisah, sepatutnya awak bahagia." —Ehsan Eskandar
Kemunculan Mawar Jelita membuatkan hati Ehsan tertarik untuk menolong gadis itu. Niatnya hanya mahu menolong tapi lain pula dengan Mawar.
"Jadi boyfriend I?" —Mawar Jelita
Melihat kemesraan Mawar dan Ehsan, Dhia patah hati. Dia mula sedar bahawa memang benar hati Ehsan sudah tertutup buat dirinya. Giliran Dhia pula membawa diri.
"Marry me, Dhia Raihana. Kita perbetulkan semuanya. Kita mulakan segalanya. Kita hidupkan semula cinta dan kasih antara satu sama lain." —Ehsan Eskandar
Baru bahagia ingin berputik semula, Musso Alhandro muncul untuk menuntut keadilan. Dia muncul untuk menuntut hak miliknya. Dhia Raihana dan Endra Raiyan.
"Bunuh Leftenan Ehsan Eskandar. I want Dhia Raihana." —Musso Alhandro
Andai di antara Ehsan Eskandar dan Dhia Raihana ada Mawar, si cantik rupawan. Ada Musso yang menuntut nyawa, jadi... Apakah penghujung kisah mereka? Bahagia atau sebaliknya?