• 1
  • 2
  • photo_2023-10-11_14-11-55
  • photo_2023-10-11_14-11-52
1

[IDEA KREATIF] PROPOSAL CINTA SELAMANYA - ROSE HARISSA

Regular price
RM 27.90
Sale price
RM 27.90
Regular price
RM 31.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Idea Kreatif

Penulis: Rose Harissa


Bila Haidar memutuskan hubungan dengan alasan tak sekufu, Amyra tak mahu bercinta lagi. Fokusnya hanya mahu membina perniagaan sendiri. Semua dah tak penting lagi hinggakan Zaim Armani, anak jutawan di depan mata dia pun Amyra buat derk saja.

"Pernah dengan quotes ni? Lust starts with chemistry. Love starts with trust and respect." - ZAIM

Bila tengah sibuk bekerja, Amyra bertembung pula dengan Leonard, pengusaha perabot pengukir kayu yang berdarah Jawa, ganteng dan ada aura tersendiri. Dan hati wanitanya tercuit juga.

Pun begitu, Amyra tidak mahu hubungan yang tergantung. Dia mahukan sebuah hubungan yang kukuh, yang boleh membawa pada penyatuan dua jiwa secara halal.

"Orang Jawa itu tempatnya di perasaan, selalu bergulat dengan kalbu dan suara hati, dengan menahan hawa nafsu agar bijak menangkap maksud yang tersembunyi." - LEO

Sudahnya Amyra mencari along. Itulah penasihat terbaik untuk menyelesaikan jiwanya yang kacau itu. 

"Carilah bakal suami yang boleh diharap. Yang boleh betulkan singki tersumbat, yang boleh pasang mentol lampu, yang boleh aku ajak turun ke sungai. Pendek kata, yang bertulang besi berurat dawai macam aku ni haa.." Afnan singsing lengan baju, tayang lengannya yang berotot.

Amyra pegang kata-kata alongnya. Tapi... antara arkitek dan pengukir kayu, dua-dua pun ada perniagaan sendiri. Dua-dua pun boleh pegang ikan patin. Siapa yang akan menjadi pilihan hati Amyra?