• AKBAR
  • tfg_202307041244_0001 - Copy
  • lm_202307041245_0001 - Copy
  • photo_2023-07-04_14-38-49
  • photo_2023-07-04_14-38-48 (2)
  • photo_2023-07-04_14-38-48
1

[IMAN PUBLICATIONS] KOMIK KARIER: CIKGU AKBAR

Regular price
RM 13.50
Sale price
RM 13.50
Regular price
RM 15.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: IMAN PUBLICATIONS

Penulis: HASIF RAYYAN

Pelukis: ARIFTDESIGN & ARSYARI ADNAN


Semangat Setiakawan Menghadapi Kes Buli


Akbar - seorang guru muda bervisi besar. Sebaik sahaja ditugaskan sebagai guru Tingkatan 4 Saga, dia sudah teruji apabila pelajarnya, Nadim sudah sebulan tidak hadir ke sekolah. Menurut Ikram, Nadim tidak hadir gara-gara tidak tahan dibuli Furqan. Berang dituduh, Furqan yang panas baran langsung membelasah Ikram. Tidak semena-mena, Cikgu Akbar turut terkena tempiasnya.

"Tapi kalau cikgu tak jumpa Nadim, lambat-laun keadaan akan jadi lebih buruk untuk dia juga."

"Itu bukan urusan kau!"

"Pelajar kelas saya bakal dibuang sekolah, itu awak kata bukan urusan saya?"

Risau akan keadaan pelajarnya, Cikgu Akbar bertekad untuk menyelesaikan kes buli di kelasnya supaya Nadim dapat kembali ke sekolah.

Apakah punca sebenar Nadim tidak hadir ke sekolah? Mampukah Cikgu Akbar menyelesaikan masalah pelajarnya dengan adil?