• 1
  • 2
  • photo_2023-10-15_15-42-06
  • photo_2023-10-15_15-41-59
1

[KARYA SENI] SUGAR? YES PLEASE - REHAN MAKHTAR

Regular price
RM 25.20
Sale price
RM 25.20
Regular price
RM 28.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Karya Seni

Penulis: Rehan Makhtar


Edian. Dia akur atas segala kehenadak orang tuanya walaupun jiwanya terseksa. Dia cuba mencintai Haikal walau dirinya kosong tanpa secalit perasaan.

Hingga Nel muncul. Nel adalah lelaki misteri. Sukarnya untuk dia rungkaikan apa yang ada dalam kepala lelaki itu. Nel yang begitu pandai berhujah. Penuh dengan prinsip hidup sendiri . Kerana itu, Edian mula hargai hati dan  perasaan sendiri.

"Apa kata saya ponteng hari ni?" - NEL

"Nanti kena buang kerja....."- EDIAN

"Kena buang kerja tak apa. Jangan sampai kena buang daripada hati awak.." - NEL

Nel manis. Dia yang telah jadi hempedu dalam hidup Nel. Kembali menjadi milik Haikal, bukanlah sesuatu yang mudah namun dia tetap berusaha.

"Saya  tak patut dekati awak. Meninggalkan luka dalam hati lelaki sebaik awak..." - EDIAN

"Silap tu, Cik El. Saya yang dekati awak. Gamaknya, kejahatan itu masih dalam hati saya sebab tu Tuhan tak benarkan saya miliki gadis sebaik awak." - NEL

Ya, Itu kenyataan. Pandangan mata kasa hanya nampak yang terzahir. Yang tersembunyi, tiada siapa tahu. Nel, punya sejarah tersendiri; yang dia tahu, akan menjadi senjata dan menghunus padanya satu hari nanti.

"Ini kali terakhir awak adalah Cik El pada saya. Antara kita, tak ada lagi Nel dan El. Maafkan saya... bukan niat mahu rosakkan saat-saat terakhir..." - NEL

"Sementara saya masih dekat sini, boleh saya minta sesuatu?" - EDIAN 

"Saya risau apa yang awak minta tu, tak dapat saya berikan..." - NEL

"Anggap ajelah saya minta hadiah kahwin daripada lelaki yang satu-satunya berjaya tembus ke dalam hati saya...." - EDIAN

Permintaan Edian nampak ringan. Menunaikan.. cukup berat. Dia mencintai Edian bukan dengan syarat wanita itu menjadi miliknya. Cukuplah Edian bahagia. Kerana keadaan begitu mendesak dan yakin; ini yang telah ditakdirkan aturkan, Nel tekad untuk nikahi Zahlia hanya kerana janji yang Edian akan bahagia dengan Haikal. Mereka akan ke jinjang pelamin pada hari yang sama. Sayang, pengantinnya berbeza.

Bahagia itu ada pada hati yang reda. Tapi, memang sifat manusia. Menasihati itu mudah selama tidak terhantuk dahi sendiri. Bagaimana harus mereka telankepahitan hari ini, demi manisnya hari esok; Sugar? menajdi jawapannya.